6 Tempat Menarik Di Mesir/Egypt Yang Pasti Membuatkan Pengalaman Anda Lebih Bermakna

Tatkala menjengah ke bumi Mesir, pastinya Piramid Giza yang sering terbayang-bayang sebagai salah satu tempat menarik di Mesir yang wajib dikunjungi. Tidak dinafikan, Piramid Giza memberi anda satu perasaan keterujaan untuk meneroka kerajaan firaun terdahulu dan memberi impak ‘wow’ kerana kagum dengan struktur binaannya yang gah.

Tempat Menarik di Mesir EgyptIa merupakan salah satu tempat menarik di Mesir dengan binaan tertua di dunia, berusia lebih 2000 tahun dahulu. Oleh sebab itu, ia disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 tempat keajaiban dunia. Sememangnya berbaloi untuk dilawati setelah menempuh perjalanan beribu batu jauhnya.

6 Tempat Menarik Di Mesir/Egypt

Namun, kami tak mahu pengembaraan anda terhenti hanya di tapak piramid yang penuh dengan sejarah silam itu! Ayuh kita meneroka tempat-tempat menarik di Mesir yang lain.

Tempat Menarik di Mesir Masjid Ibn tulun1. Masjid Ibn Tulun

Bagi pengunjung-pengunjung Kota Mesir terutamanya yang beragama Islam, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk berkunjung ke masjid tertua di Cairo, iaitu Masjid Ibn Tulun. Masjid ini telah siap pembinaanya pada tahun 879 selepas masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tulunid. Uniknya masjid ini bila dibandingkan dengan masjid-masjid yang ada di Malaysia adalah masjid ini dibina daripada bata-bata lumpur. Selain itu, masjid ini turut mempamerkan seni ukiran yang halus dan menarik, dikatakan mempunyai pengaruh seni Abbasid serta Samarra. Sememangnya merupakan destinasi tepat untuk pencinta seni antic.

Tempat Menarik di Mesir Valley Of The King2. Valley of the King

Kalau di Malaysia, kita biasanya melawat muzium yang tertutup, bukan? Di Mesir, anda pasti teruja meneroka muzium terbuka di Valley of the King. Ia terletak di bandar Luxor berhampiran Sg. Nil, Utara Mesir. Selain ukiran dinding yang menarik perhatian pelancong, Valley of the King sebenarnya dibina untuk menempatkan mayat-mayat firaun yang telah diawet (mumia) bagi memudahkan perjalanan mereka ke kehidupan selepas mereka meninggal dunia.

Tempat Menarik di Mesir Sungai Nil3. Sg. Nil

Menelusuri Sg.Nil merupakan salah satu aktiviti menarik untuk anda lakukan jika mahu meneroka daerah utara Mesir. Sg.Nil merupakan nadi negara Mesir sejak beribu tahun dahulu. Anda boleh menelusuri Sg.Nil menggunakan laluan Luxor-Aswan dengan kapal layar mewah, atau anda boleh belayar dengan Felucca jika anda gemar mencuba sesuatu yang mencabar. Felucca adalah bot layar yang digunakan sejak zaman silam di Mesir. Ianya kurang selesa jika dibandingkan dengan kapal layar mewah, namun mungkin ini masanya untuk anda merasai pengalaman baru di Mesir!

Laut Merah4. Laut Merah

Laut Merah adalah destinasi yang tepat bagi pengunjung yang cintakan hidupan laut dan juga penggemar aktiviti diving. Laut Merah menyimpan pelbagai khazanah laut yang ekzotik serta terumbu karang yang mampu membuatkan anda terpaku dengan keindahannya tatkala menyelam ke dasar Laut Merah. Hampir 20% hidupan laut yang terdapat di dalam Laut Merah tidak terdapat di mana-mana tempat lain. Jika anda bercadang menikmati pengalaman bermalam di sini, usah risau. Terdapat pelbagai pilihan resort untuk anda menginap. Pantainya yang berpasir turut memberi faedah kesihatan kepada pengunjungnya. Mineral yang terdapat dalam pasir di persisiran Laut Merah dikatakan dapat merawat radang kulit, penyakit rheumatism dan arthritis. Air Laut Merah yang 35% lebih masin daripada laut-laut lain di dunia juga dikatakan dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan.

Trivia: Ikan terpantas di dunia, Solitary Sailfish tinggal di Laut Merah.

Tempat Menarik di Cairo Mesir Bazaar El Khalili5. Bazar Khan el-Khalili

Bandar Kaherah, ibu negara Mesir, walaupun persekitarannya agak sibuk dan padat dengan masjid, madrasah dan monument, ia tetap menjadi tumpuan pelancong. Di sini terletaknya bazar Khan el-Khalili, salah satu bazar membeli belah terbesar di bandar Kaherah. Ia menawarkan pelbagai pilihan barangan seramik, tekstile,perhiasan wanita, rempah-ratus dan juga wangian di gerai-gerai kecil yang boleh didapati di sini. Anda juga boleh mencuba pelbagai makanan tempatan. Bonus untuk peminat barang antik, anda juga boleh mencuci mata melihat pelbagai barangan antik yang dijual di sini. Jika anda pandai tawar menawar, anda boleh menikmati sehingga 50% potongan daripada harga yang dikenakan. Kalau yang perempuan, bolehlah anda main-main mata dengan si penjual untuk mendapatkan diskaun. Opps, bergurau sahaja.

*Untuk pengetahuan anda, bazar ini adalah berdekatan dengan Universiti Al-Azhar yang terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia. Bak kata orang, sambil menyelam minum air. Alang-alang ke Bazar Khan el-Khalili, bolehlah menjengah ke universiti ini.

Tempat Menarik di Mesir Gurun Putih6. Gurun Putih (Al-Farafrah)

Satu perkara yang menarik tentang gurun putih ini adalah kewujudan bukit batu kapur putih yang berbentuk aneh, sekaligus menjadikan ianya seperti bukit salji di tengah-tengah padang pasir. Menakjubkan, bukan? Ia mengambil masa 4-5 jam perjalanan untuk sampai ke gurun ini dari Bandar Kaherah, tetapi memang berbaloi menempuh perjalanan yang agak panjang untuk anda mempercayai wujudnya landskap unik ini. Pencinta alam sekitar sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang bergambar di Gurun Putih ini.

Selamat Melancong dan Melawat Tempat Menarik di Mesir

Sekian sahaja tempat menarik di Mesir untuk kali ini. Pastinya masih banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan unik di Mesir, namun untuk kali ini kami senaraikan 6 tempat yang menjadi pilihan pengunjung daripada seluruh dunia.

Tempat Menarik di Mesir sphinxTips ringkas untuk anda, rancang setiap perjalanan anda sebelum memulakan pengembaraan. Jangan lupa lakukan sedikit kajian daripada buku atau internet untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang destinasi anda. Kepada yang bakal mengunjungi Mesir, selamat mengembara dan mencoret memori indah di sana!

Leave a Reply