5 TEMPAT MENARIK UNTUK BERBULAN MADU

Tempat menarik untuk berbulan madu? Baru mendirikan rumah tangga? Ingin pergi melancong bersama? Ingin mengekalkan hubungan suami isteri? Selepas mendirikan rumah tangga semestinya setiap pasangan ingin pergi berbulan madu. Mencari destinasi yang best dan romantik untuk berbulan madusemestinya pilihan pasangan suami isteri untuk pergi bercuti. Mereka boleh menyambut ulang tahun perkahwinan dengan percutian romantis dalam menjaga hubungan yang kekal dan terus bahagia. Istilah Honeymoon tidak hanya terhad kepada pasangan yang baru berkahwin sahaja. Malah juga kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Jadi setiap pasangan tidak kira pasangan yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin semestinya ingin sentiasa merasa percutian yang romantik. Disini kami senaraikan beberapa tempat menarik untuk percutian berbulan madu anda dengan pasangan.

Pilihan Utama Tempat Menarik Untuk Berbulan Madu

  1. Cameron Highland Pahang
Cameron Highland Tempat menarik untuk berbulan madu

Sumber: Google

Satu lokasi percutian tempat menarik untuk berbulan madu yang sesuai bagi pasangan yang ingin mencari destinasi perlancongan dengan suhu sejuk. Cameron Highland merupakan tempat percutian yang paling popular di Pahang yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Terdapat beberapa pekan dan bandar di Cameron Highland yang menjadi tumpuan pelancong untuk berkungjung seperti Ringlet, Tana Rata, Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm Tringkap, Kuala Teria dan Kampung Raja tetapi lokasi yang menjadi tumpuan utama ialah Brinchang dan Tanah Rata. Berikut adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bila datang ke Cameron Highland.

  • Melawat ladang teh, kebun strawberi, ladang cartus, kebun pokok bunga lavender, taman rama-rama, ladang lebah, ladang anggur dan sebagainya.
  • Membeli belah di Pasar Kea Farm di Brinchang.
  • Aktiviti jungle trekking.
  • Melawat Muzium 3D, Muzium Time Tunnel.
  • Singgah di pasar malam (hujung minggu sahaja).
  • Mengembara dalam hutan.

Cameron Highland tempat makan

Sekiranya anda mencari tempat makan best dan menarik, anda boleh pergi ke tempat-tempat berikut sekiranya ingin merasa makanan yang enak dan sedap.

  • Cameron Bharat Tea Valley
  • Al Raudhah Arabian Food
  • Medan Selera Tanah Rata, Cameron Hingland
  • Naimah Restoran 1 Malaysia
  • Nik Ikan Bakar & Tom Yam
  • Boh Sungai Palas Tea Centre
  1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Pd

Sumber : lexishibiscuspd.com

Ingin lokasi honeymoon yang paling romantik dan privasi untuk anda dan pasangan. Salah satu tempat yang paling sesuai untuk pasangan suami isteri iaitu Lexis Hibiscus Port Dickson yang menawarkan penginapan di atas air. Bentuk resort ini yang seperti bunga raya bersesuaian dengan nama tempat ini iaitu Lexis Hibiscus yang menjadikan pemandangan dari atas resort ini sangat cantik dan menarik. Resort ini juga berkonsepkan moden menjadikan resort ini lebih menarik dan sesuai untuk tempat berbulan madu di Malaysia yang romantis untuk pasangan yang sudah berkahwin. Tempat menarik untuk berbulan madu Lexis Hibiscus menawarkan beberapa bilik yang menarik dan cantik tapi yang paling menarik ialah Panorama Pool Villa yang menghadap ke laut. Bila anda berada di bilik ini pasti anda akan berasa tenang melihat pemandangan di laut sambil disapa angin laut dari Selat Melaka yang sungguh mendamaikan. Bagi anda yang pasangan suami isteri semestinya mahukan suasana yang privasi jadi resort ini ada menawarkan pakej kolam renang yang dikhaskan dibilik tanpa anda perlu meninggalkan bilik anda. Jadi pakej ini sangat sesuai untuk pasangan berhoneymoon disini.

  1. Batu Feringgi Penang
Batu Feringghi

Sumber: Google

Batu Feringgi di Penang mempunyai banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan dan merupakan salah satu destinasi yang paling ideal untuk anda datang ke sini. Disini merupakan lokasi yang sangat sesuai kerana berada berdekatan dan mudah untuk ke tempat-tempat makan yang menarik dan best di Penang ini. Bagi anda yang sukakan aktiviti sukan air, disini banyak menyediakan aktiviti-aktiviti tersebut. Destinasi di Batu Feringgi ini menjadi pilihan pelancong tidak kira dalam negara ataupun luar negara memang ramai pelancong datang bercuti disini termsuklah pasanagan yang baru berkahwin yang menjadikan Batu Feringgi salah satu pilihan tempat menarik untuk berbulan madu. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sekiranya anda datang ke sini, berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan.

  • Aktiviti sukan air seperti naik banana bot, jetski, dan paragliding
  • Boleh mandi manda di pantai
  • Melawat muzium 3D
  • Melawat Taman Botani Penang
  • Makan di kedai-kedai yang best di Penang
  • Pusing-pusing bandar Georgetown
  • Shopping di pasar malam Batu Feringgi
  1. Pulau Langkawi
Pakej Ke Pulau Langkawi Cable Car

Cable Car di Gunung Mat Cincang Langkawi

Satu lagi tempat menarik untuk berbulan madu iaitu Pulau Langkawi, lokasi berbulan madu yang sangat sesuai untuk suasana yang romantik dengan ketenangan dan privasi. Banyak tempat di Pulau Langkawi yang anda boleh pilih untuk berbulan madu seperti di Teluk Datai yang mempunyai tempat percutian yang romantik dan mewah. Disini anda akan dapat melihat pemandangan laut yang sangat cantik dan pasti memukau mata anda. Bila datang bercuti ke sini anda tidak perlu risau untuk mencari tempat penginapan kerana disini terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda menginap seperti hotel, resort dan homestay. Di sini juga mempunyai pelbagai aktiviti pelancongan boleh dilakukan kepada pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi. Berikut beberapa aktiviti pelancongan yang menarik di Pulau Langkawi:

  • Melawat tempat bersejarah.
  • Mengunjungi pantai dan pulau yang cantik.
  • Menaiki Cable Car dan pergi ke Skybridge.
  • Membeli-belah kerana Langkawi adalah lokasi yang bebas cukai.
  • Melawat muzium
  • Mengunjungi taman haiwan
  • Pergi ke tempat alam semulajadi seperti Kilim Geoforest, Air Terjun Telaga Tujuh dan Gunung Mat Cincang.
  1. Mabul Water Bungalows
Mabul Water Bungalow

Sumber: Google

Tempat Menarik untuk Berbulan Madu di Malaysia

Bagi pasangan yang ingin pergi bercuti bukan di Semenajung Malaysia, anda boleh pergi ke Mabul Water Bungalows yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah. Mabul Water Bungalows ataupun dipanggil Banglo Air Mabul mempunyai dekorasi gaya moden yang mana dibina di atas air seperti Villa yang terapung menjadikanya kelihatan mewah. Banglo Air Mabul telah dinobatkan sebagai ‘the best dive bases in the world’ kerana kecantikan air laut yang sangat jernih. Air laut yang jernih dan berwarna hijau kebiruan menjadikan pemandangan yang sangat indah, untuk melihat air laut ini anda boleh menjenguk di balkoni yang ada di bilik. Banyak kemudahan yang telah disediakan disini seperti kemudahan internet untuk anda berhubung dengan orang luar dan juga ada tersedianya tempat spa. Jadi disini memang sangat sesuai untuk anda pilih menjadi tempah honeymoon.

Leave a Reply