fbpx

5 Aktiviti Malam Di Langkawi Yang anda Boleh Lakukakan

Langkawi merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi, tidak kira siang mahupun malam. Anda boleh merancang untuk melakukan aktiviti malam di Langkawi anda bersama keluarga, malahan itu anda juga boleh meluang masa atau waktu malam tersebut dengan melakukan aktiviti yang terdapat di sekitar Langkawi.

Aktiviti malam di Langkawi

Bosan! Jom Cuba Aktiviti Malam Di Langkawi Yang Menarik Ini

Adakah dengan sekadar makan malam di kedai-kedai sahaja? Ataupun pergi ke tempat membeli belah sahaja?

Kami pasti ramai yang buntu bila merancang untuk aktiviti malam ketika bercuti atau travel untuk menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jadi, di sini kami akan kongsikan 5 aktiviti malam terbaik di Langkawi yang mana anda boleh lakukan bersama dengan orang tersayang.

1. Pasar Malam Langkawi

Pasar Malam Di Langkawi

Aktiviti normal di waktu malam sudah tentu Pasar Malam. Ini merupakan aktiviti malam di Langkawi yang merupakan suatu kemestian sekiranya berkunjung ke Pulau Langkawi.

Apakah yang anda boleh cari di pasar malam Langkawi ini? Sudah tentulah anda boleh mencari sejumlah makanan yang sedap-sedap sebagai makan malam anda. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di pasar malam ini, antaranya ayam panggang, sate, laksa, keropok lekor, sampailah ke dangai dan apam balik.

Baca: Tempat Makan Best Langkawi

Tambahan lagi, makanan rare yang anda boleh cari seperti udang lipan gorang tepung dan kerabu bronok. Jadi, hari apa yang anda boleh pergi ke pasar malam ini? Malah dimanakah lokasinya?.

HARI

LOKASI PASAR MALAMHINT LOKASINOTAMASA OPERASI

Isnin

Ulu MelakaJalan Makam Mahsuri Lama5.30 p.m

10.00 p.m

Selasa

Kedawang

Rabu

KuahCari Baron Hotel

Paling Besar

Khamis

TemonyongDi Kampung Temonyong Cenang

Jumaat

Ayer HangatPadang Lalang

Sabtu

KuahCari Baron Hotel

Paling Besar

AhadPadang Mat SiratBerdekatan Beras Terbakar

2. KOMPLEKS HIG

Terkenal dengan pusat membeli belah yang bebas cukai, Langkawi merupakan syurga membeli-belah bagi kaum hawa. Sungguh rugi sekiranya anda bercuti di Langkawi tetapi tidak singgah ke Kompleks HIG untuk membeli-belah.

Kompleks HIG Langkawi

Photo Kredit: qulamirulhakim

Kompleks HIG atau Haji Ismail Group merupakan tempat yang mana menjadi tumpuan pelancongan ketika datang ke Langkawi. Di kompleks milik keluarga bumiputera ini, anda boleh membeli barangan bebas cukai yang murah-murah, Pinggan mangkuk, coklat, barangan dapur hinggalah kepada kain pelikat dan minyak gamat.

Aktivi Malam Di langkawi HIG

Photo Kredit: Naturally Langkawi

Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Dengan kompleks HIG ini, anda tidak perlu bersesak-sesak dalam membeli-belah berbanding ketika membeli di Pekan Kuah.

Peringatan kepada anda, sekiranya pergi membeli coklat di Kompleks HIG ini, perlulah memastikan terdapat logo halal kerana kebanyakkan coklat di sini tidak mempunyai logo halal malah bercampur dengan arak. Sakan membeli boleh sahaja, tetapi mestilah berwaspada ok.

3. DATARAN HELANG

Pulau Langkawi Malaysia

Mercu tanda yang paling terkenal di Langkawi adalah Dataran Helang. Dataran helang ini juga menjadi tumpuan ramai pelancong yang datang ke Langkawi. Arca helang Kawi gergasi ini memang sesuai untuk buat tempat berselfie atau wefie, tidak kira siang, petang mahupun malam.

Pemandangan atau Panorama yang diberikan ketika bergambar dengan melatarbelakangkan arca helang kawi ini begitulah cantik sekali. Sungguh rugi sekiranya anda datang ke Langkawi tetapi tidak bergambar di arca helang kawi gergasi ini.

Dengan bergambar di sini, menjadi bukti bahawa anda pernah ke Langkawi. Tidak ada penetapan masa untuk bergambar di sini, ianya dibuka 24 jam tanpa bayaran. Sesuai untuk anda mengisi aktiviti malam di Langkawi dengan bajet yang rendah.

4. NEST ROOFTOP

Nest Rooftop Aktiviti malam di Langkawi

Di sini, anda boleh melepak untuk melihat matahari terbenam di Pantai Cenang sambil minum air berjus. Memang happening kalau anda dapat singgah ke sini bersama orang yang tersayang.

Tempat makan santai ini, bertempat di tingkat 5 Royal Agate Hotel. Ianya dibuka untuk makan pagi dan makan malam. Bagaimana ianya menjadi popular? Adakah disebabkan makanannya?. Akan tetapi disebabkan suasananya dan pemandangan mengadap ke arah laut.

Aktiviti malam di Langkawi Nest Rooftop

Jadi, suasana menjadi lebih tenang dan menyeronokkan malah anda akan merasa tidak mahu balik di atas suasananya. Di sini, anda akan dapat merasai bayu laut sambil menghirup kopi panas atau jus buah sementara melihat panorama matahari jatuh. Waktu beroperasi daripada 7.00 a.m-11.00p.m. Hari Isnin dan Selasa (moonlight movies dari pukol 9.00p.m.

5. TROPICAL SUNSET CRUISE

Di Tropical Sunset Cruise, anda akan meluncur di atas laut Langkawi seperti Paris Hilton sambil menikmati makan malam dan minum tanpa had.

Di sini juga, terdapat minuman beralkohol, tetapi bagi pengunjung Islam tidak perlu risau kerana masih terdapat minuman yang tidak beralkohol yang boleh dipilih berdasarkan selera masing-masing.

Untuk makanan pula, terdapat banyak pilihan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang yang mana anda boleh nikmati bersama orang yang tersayang.

Aktiviti Malam Tropical Sunset Cruise Langkawi

Anda juga boleh terjun ke laut sambil berendam di dalam jarring yang dilabuhkan di tepi kapal. Selama 3 jam anda akan berada di atas kapal bersama dengan pelancong lain.

Maka, untuk mereka yang mempunyai bajet lebih dan datang ke Langkawi untuk bulan madu, ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda dengan orang yang tersayang.


Pulau Langkawi bukanlah sebuah pulau yang besar, tetapi terdapat banyak tempat menarik di Langkawi yang sangat bervariasi jenis tarikannya & sangat sesuai untuk sesiapa sahaja. Akhir kata, semoga percutian anda ke tempat-tempat menarik di Langkawi kelak bakal menjadi seribu kenangan terindah bersama keluarga atau pun rakan-rakan dan dipenuhi dengan aktiviti malam di Langkawi yang menarik.

Bagi anda yang mencari hotel murah dengan penginapan selesa di Langkawi, kami sarankan untuk mencuba hotel-hotel yang pernah kami kongsikan sebelum ini.  –> Hotel Murah Langkawi

Jemput untuk berkongsi pengalaman dan cadangan anda di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply