4 Tempat Tarikan Semula Jadi Di Penang

Pulau Pinang adalah antara tempat peranginan yang popular dan menarik di Malaysia tidak terkecuali tarikan semula jadi di Penang yang masih ramai tidak tahu.  Bandar Georgetown telah diiktiraf UNESCO sebagai salah satu daripada 4 Tapak Warisan Dunia di Malaysia. Pulau Pinang negeri yang banyak meninggalkan kesan sejarah terutama ketika Perang Dunia Kedua dan sejarah budaya Penang Peranakan. Selain itu, tarikan alam semula jadi yang pelbagai juga terdapat di Pulau Pinang dan masih terpelihara dengan baik.

Taman Negara Pulau Pinang

Sumber: Google

1) Taman Negara Pulau Pinang

Alamat:Taman Negara Pulau Pinang,Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang11050 Pulau Pinang
Waktu melawat:Setiap Hari

Bayaran Masuk: Percuma

Terletak di Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang merupakan taman negara terkecil di Malaysia. Pengunjung dapat menikmati pemandangan lebih 1000 species flora dan fauna yang terdapat disini namun tiada penginapan disediakan disini. Pengunjung boleh menginap di hotel-hotel di sekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang atau berkhemah dalam kawasan Taman Negara. Perkhidmatan Bas Rapid Penang juga disediakan untuk menikmati keindahan tarikan semula jadi di penang di Taman Negara.

Pantai dan Sungai yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang

  • Pantai Kerachut
  • Pantai Teluk Kampi
  • Pantai Monyet/ ‘Monkey Beach’
  • Sungai Tukun

Antara tempat menarik disana ialah ‘Monkey Beach’. Terdapat 2 cara untuk kesana iaitu melalui merentis hutan/ ‘jungle trekking’ dan menaiki bot. Perjalanan merentis hutan mengambil masa 1 jam 30 minit dari pintu masuk Taman Negara. Pengunjung hanya perlu daftar masuk sahaja tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Jika mengambil perkhidmatan bot pula,  bayaran Rm50 (sehala) dikenakan untuk sebuah bot dan mengambil masa hanya 10 minit untuk sampai disana.

Tarikan Semula Jadi Di Penang Monkey Beach

Sumber: Google

‘Monkey Beach’ sangat popular dalam kalangan pelancong asing. Selain daripada pantai yang cantik dan pasir yang putih,  pantai ini juga lebih bersifat privasi berbanding Pantai Batu Feringgi. Selain dapat mandi manda dan aktiviti pantai,  pengunjung dapat dihiburkan dengan kehadiran banyak monyet yang berada disana.  Namun pengunjung dinasihatkan untuk tidak memberikan makanan kepada mereka kerana khuathir mereka akan bertindak lebih agresif untuk dapatkan makanan lain. Beberapa kedai makanan terdapat disini dan surau terbuka turut disedia untuk kegunaan orang islam. Menarik disana masih terdapat banglo milik persendirian yang masih kukuh namun dipercayai tidak berpenghuni. Kebiasaan bagi mereka yang berhasrat bermalam disitu akan memasang khemah.

Tarikan Semula Jadi Di Penang Rumah Api Mukahead

Sumber: Google

Kira-kira 1.2km dari ‘Monkey Beach’ Rumah Api Mukahead adalah antara destinasi yang akan dikunjungi ketika berada di Taman Negara Pulau Pinang. Untuk kesana perlu mengambil masa dalam 40 minit merentis hutan dari ‘Monkey Beach’ .Walaupun jarak yang dekat sahaja tetapi laluannnya agak berbukit bukau menjadi faktor perjalanan agak lama.

Waktu melawat:Setiap hari, 9am-3pm

Ketinggian: 226m dari paras laut

Tarikan Semula Jadi Di Penang Taman Botani

Sumber: Google

2) Taman Botani Pulau Pinang

Alamat: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu melawat:Setiap Hari, 5am-8pm
Bayaran Masuk: Percuma

Sinonim dengan nama Taman Kebun Bunga dalam kalangan penduduk tempatan,  taman rekreasi ini menawarkan lanskaps  yang cantik, mendamaikan dan menyejukkan mata. Taman ini juga dipenuhi monyet yang bebas berkeliaran. Taman ini antara taman yang ramai kunjungi untuk beriadah dan ‘jogging’ selain menjadi tempat popular dalam kalangan penyelidik dan pelajar. Tempat menarik terdapat disini adalah:

  • -Rumah Pokok Perdana
  • -Rumah Paku Pakis
  • -Pusat Hortikultur
  • -Rumah Kaktus
  • -Rumah Orkid
  • -Denai hutan hujan

Bagi pelancong yang mencari kelainan ke Bukit Bendera boleh kesana dengan mendaki dari Taman Botani Pulau Pinang iaitu di ‘moongate’. Terdapat 3 jenis laluan yang harus diharungi untuk sampai ke puncak.  Pertama, mendaki anak tangga bersimen. Kemudian perlu melalui denai hutan dan akhir sekali mendaki melalui jalan tar. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam.

Tarikan Semula Jadi Di Penang Taman Escape

Sumber: Google

3) Taman Tema Escape Pulau Pinang – Tarikan Semula Jadi di Penang sesuai untuk Keluarga

Alamat:828 Jalan Teluk Bahang,11050 Pulau Pinang, Malaysia
Waktu masuk:Selasa-Ahad , 10am-6pm
Bayaran Masuk: Kanak-kanak: RM55, Dewasa RM85

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak terutamanya sukakan tempat tinggi dan aktiviti memanjat namun masih mahukan pemandangan dan interaksi dengan alam semula jadi,  Escape adalah tempat yang paling sesuai kerana ianya penuh dengan tarikan semula jadi di Penang sama seperti Genting Highland. Dibuka setiap selasa hingga ahad, (10am-6pm). Bayaran masuk adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun sebanyak Rm55 manakala untuk dewasa 13-60 tahun sebanyak Rm 85. tidak perlu khuathir tentang pengangkutan kerana perkhidmatan bas Rapid Penag juga terdapat disini.

Permainan yang disediakan disini sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan aktiviti keluarga. 21 jenis permainan dan cabaran yang terdapat di sini. Antara permainan yang sesuai dengan kanak-kanak ialah ‘monkey school’, ‘a-maze’ ,’foxy burrow’, ‘zoom bug’ , ‘discovery dig’ dan banyak lagi.

Tarikan Semula Jadi Di Penang Kyte Flyers

Sumber: Google

Manakala untuk dewasa pula permainan yang lebih ekstrem dan mencabar turut disediakan. Cabaran yang paling popular ialah Kite Flyer. Pengunjung dapat merasakan pengalaman terbang di udara seolah-oleh layang layang. Cabaran yang lain antaranya adalah:

  • aerobat
  • monkey business
  • flying lemur
  • tubby racer
  • gecko tower

Pengunjung tidak hanya dapat mengunjungi taman tema ESCAPE untuk sehari sahaja kerana mereka juga menyediakan ‘base camp’. ‘Base camp’ adalah untuk 1 malam dan 2 malam. Bayaran adalah mengikut size khemah dan malam menginap. Terdapat 2 jenis khemah yang disediakan iaitu untuk 5 dan 8 orang penghuni.

Tarikan Semula Jadi Di Penang

Sumber : Google

4) Entopia Taman Rama-Rama Pulau Pinang

Alamat:Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu masuk: Setiap hari termasuk cuti umum , 9am-8pm
Bayaran Masuk: Kanak-kanak: RM29, Dewasa RM55

Tarikan Semula Jadi Di Penang Enthopia

Sumber: Google

Pengunjung yang mencari kelainan ketika ingin melawat dan belajar lebih lagi mengenai serangga dan rama, Entopia Taman Rama-Rama ibarat zoo moden yang wajib mereka kunjungi kerana tiada lagi tempat perlindungan seumpaman ini di tempat lain di Malaysia dan merupakan keunikan tarikan semula jadi di Penang.  Rekaan bangunan yang cantik dan selasa namun masih lagi dapat megekalkan habitat seperti habitat serangga yang sebenar. Bukan sahaja sesuai untuk lawatan tetapi program yang disediakan sesuai untuk pendidikan. Aktiviti yang paling popular disini adalah melepaskan rama-rama. Selain itu, berikut adalah program yang ditawarkan disanaPandora Forest

  • Metamorphosis
  • Lumino City
  • Downtown Entopia
  • Breeding Ground
  • Underground Mysteries
  • Understory Tales
Tarikan Semula Jadi Di Penang Enthopia

Sumber: http://www.entopia.com

Ini adalah perkongsian kami untuk kali ini berkenaan Pulau Pinang, insyaAllah kami akan berkongsinleboh maklumat berkenaan Penang pada masa akan datang. Semoga percutian anda di Penang menjadi lebih bermakna dengan perkongsian tempat tarikan semu jadi di Penang ini yang mana masih ramai lagi tidak tahu.

Leave a Reply