fbpx

10 Tempat Menarik Di Langkawi Destinasi Wajib Singgah

Salah satu pulau yang popular dan menjadi tumpuan pelancong dan luar negara di Malaysia adalah Pulau Langkawi. Terdapat banyak tarikan menarik dan sejarahnya yang tersendiri dan apa yang paling menarik adalah penganjuran LIMA setiap tahun di Pulau Langkawi. Oleh itu kami menyediakan senarai beberapa tempat menarik di Langkawi bagi memudahkan anda untuk merancang percutian ke Pulau Langkawi Nanti.

Antara tempat menarik di langkawi yang popular adalah seperti dibawah.

  1. Langkawi SkyBridge
  2. 5D Muzium ( Believe Langkawi )
  3. Kayak Di Dev Adventure Tours
  4. Tasik Dayang Bunting
  5. Oriental Village
  6. Taman Buaya Langkawi
  7. Kereta Kabel Langkawi
  8. Underwater World Langkawi
  9. Bird Paradise Wildlife Park
  10. Makam Mahsuri

10 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Popular di Kalangan Pelancong

Langkawi yang juga dikenali dengan nama Langkawi Permata Kedah yang juga merupakan zon kawasan bebas cukai dan sangat popular dengan tempat untuk orang ramai membeli coklat secara borong. Ia juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering menjadi destinasi tumpuan orang ramai yang terdiri daripada pelancong tempatan dan pelancong luar negara kerana banyak tempat – tempat menarik di Langkawi yang boleh di singgah di sini.

Pulau Langkawi Malaysia

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “ Lang” dan “ Kawi”. “ Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang ini kerana terdapat burung helang yang banyak terdapat di kawasan itu. Kawi pula bererti tulisan kawi iaitu merupakan tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Pulau Langkawi ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987 lagi dan pulau ini sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila melancong ke negeri Kedah ini.

1. SkyBridge

Langkawi SkyBridge

Foto Kredit: earthtripper.com

Bagi sesiapa yang sukakan ketinggian anda bolehlah ke sini kerana di sini anda dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak. SkyBridge merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan dua puncak bukit iaitu Bukit Machinchang. Jika pelancong ingin ke sini anda perlu menaiki kereta kabel.

Sebaiknya anda datang ke sini pada waktu petang kerana cuaca redup sedikit berbanding waktu tengahari. SkyBridge ini dibuka pada setiap hari dan bermula dari 10 pagi sehingga jam 6 petang sahaja. Yuran masuk bagi orang dewasa adalah sebanyak RM30 dan bagi kanak – kanak hanya RM20 sahaja.

Lokasi : 07000 Langkawi, Kedah

2. 5D Muzium ( Believe Langkawi )

Merupakan muzium yang satu – satunya konsep 5D yang ada di Malaysia dan misi muzium ini ialah menjadikan tarikan ini berkait rapat dengan 5 pancaindera yang dikurniakan kepada kita iaitu bauan, pendengaran, melihat ,rasa dan juga sentuhan. Muzium ini terletak di Langkawi Fair Shopping Mall yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi.

Waktu operasi muzium ini ialah dari jam 10 pagi sehingga 7.30 petang dan dibuka setiap hari. Manakala harga tiketnya pula berbeza untuk warganegara dan pelancong asing. Bagi warganegara dewasa hanya RM30 dan bagi kanak – kanak pula RM20 sahaja dan bagi pelancong asing dewasa RM38 dan RM 28 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah.

3. Kayak Di Dev Adventure Tours

Kayak Di Dev Adventure Tours

Foto Kredit: langkawi-nature.com

Bagi pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman berkayak, anda bolehlah datang ke sini bersama keluarga mahupun rakan – rakan anda. Anda jangan risau kerana di sini mereka menyediakan pelatih yang berpengalaman yang pasti akan membantu anda dan menjaga keselamatan anda di sini.

Anda boleh berkayak melalui paya bakau Langkawi yang mana mengambil kira – kira 5 jam perjalanan. Apabila anda berkayak di sini anda akan dapat melihat banyak haiwan di kawasan ini seperti burung helang, ular, memerang dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula ialah RM220 bagi satu kepala.

Lokasi : Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah

4. Tasik Dayang Bunting

Merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang juga menjadi perhatian orang ramai kerana kisah mitos yang terlalu banyak dan kononnya kawasan ini pernah menjadi kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari dan sebagainya. Apabila anda melancong ke sini anda boleh bermandi manda dan juga beristirahat di sini.

Ada juga orang kata kebaikan minum air tasik ini bagi sesiapa yang belum hamil lagi. Jadi bagi sesiapa yang berikhtiar untuk memiliki zuriat, anda boleh lah cuba ya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini ialah merendam kaki untuk digigit ikan – ikan yang ada di sini, berenang dan anda juga boleh naik bot kayu bersolar di sekitar tasik. Rm5 merupakan harga tiket bagi orang dewasa dan RM3 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Lake Of Pregnant Maiden, Strait Of Malacca, Kedah

5. Oriental Village

langkawi Oriental Village

Foto Kredit: tripcarte.asia

Ia merupakan kawasan membeli – belah dan juga tempat aktiviti keluarga di kaki Gunung Matchincang. Terdapat dua tarikan utama di sini iaitu anda boleh membeli – belah pelbagai jenis cenderamata dan anda juga boleh mendapatkan khidmat urutan dan sebagainya. Anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti di sini seperti menaiki Segway iaitu sejenis kenderaan unik dengan 2 roda dan anda juga boleh menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.

Di sini juga terdapat taman rusa yang terletak berhampiran dengan kaunter kereta kabel.

Lokasi : Langkawi Cable Car, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah.

6. Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya LangkawiMerupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dan taman ini sentiasa mendapat kunjungan orang ramai kerana di sini anda boleh melihat sendiri pembiakan buaya iaitu dari telur sehinggalah menjadi bapa buaya. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri buaya besar si Bujang Kawi.

Jika anda ingin ke sini pastikan anda pergi pada waktu pertunjukan buaya supaya anda dapat melihat kebijaksanaan buaya- buaya disini. Selalunya waktu pertunjukan bermula pada jam 11 pagi dan 2.45 petang. Harga tiket untuk orang dewasa ialah RM18 dan bagi kanak – kanak hanya RM12 sahaja.

Lokasi : Taman Buaya Langkawi Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kedah.

7. Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel LangkawiKalau datang melancong ke Pulau Langkawi tidak lengkap sekiranya anda tidak menaiki kereta kabel yang juga merupakan tempat tumpuan ramai pelancong kerana ia menjanjikan satu pengalaman yang penuh bermakna buat anda sekeluarga. Kereta kabel ini menggunakan teknologi Swiss dan anda tidak perlu risau tentang keselamatan diri anda kerana ia sudah di selenggara dengan  baik sebelum memulakan operasinya.

Apabila anda menaiki kereta kabel ini anda akan nampak pemandangan sekeliling yang sangat cantik. Jadi jika anda ingin ke sini anda hanya perlu membayar RM40 bagi orang dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak.

Lokasi : Oriental Park, Langkawi.

8. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan hanya popular dengan ikan – ikannya tetapi juga penguin. Terdapat beberapa jenis penguin yang ada di tempat ini iaitu penguin Afrika, penguin Rockhopper dan Mermoset. Di sini anda dapat melihat pergerakan sekumpulan penguin yang sangat aktif. Jangan lepaskan peluang untuk melihat penguin makan yang pastinya akan mencuit hati anda semua. Harga tiket yang ditawarkan ialah RM 36 bagi orang dewasa dan RM 26 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, Langkawi, Kedah.

9. Bird Paradise Wildlife Park

Bird Paradise Wildlife Park

Foto Kredit: goasiaplus.com

Bagi anda yang ingin melihat dengan lebih dekat jenis – jenis burung yang ada di Malaysia, anda bolehlah ke sini kerana banyak burung yang terdiri daripada pelbagai warna yang pastinya membuatkan anda terhibur di sini. Selain itu, anda juga berpeluang memberi makan kepada burung – burung dan binatang lain seperti landak, keldai dan sebagainya.

Harga tiket di sini juga sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM24 bagi orang dewasa dan RM16 bagi kanak- kanak. Manakala tiket untuk pelancong asing adalah lebih RM15 dari harga tiket penduduk tempatan.

Lokasi : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah.

10. Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Foto Kredit: aliff.co

Adalah tempat bersejarah yang sering menjadi bualan orang ramai kerana ia dipercayai mempunyai kisahnya yang terdahulu. Apabila anda ke sini anda boleh melihat makam yang dikata milik Mahsuri. Ia menjadi sejarah yang sangat popular di negeri Kedah ini. Tapi sejauh mana ketulenan kisah ini tidak dapat dipastikan lagi. Anda juga boleh melawat replika rumah Kedah dan muzium kecil di sini. Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM7 dan untuk kanak- kanak separuh dari harganya.

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.

Pulau Langkawi, Destinasi Menarik Malaysia

Akhir sekali ini adalah tempat – tempat menarik di Langkawi yang boleh anda kunjungi ketika melancong ke Pulau Langkawi. Sekiranya anda sampai di Langkawi dan mencari tempat makan best di Pulau Langkawi boleh rujuk artikel kami sebelum ini “10 Tempat Makan Best di Langkawi yang Patut Anda Cuba” .Anda juga boleh mencari tempat menarik lain yang ada di sini untuk dilawati.

Dataran Lang Pulau LangkawiJangan lupa yang borong macam – macam jenis coklat yang ada di Langkawi ini kerana harganya sangat murah. Selamat mencipta memori yang terindah bersama keluarga tercinta di Pulau Langkawi ini dengan meneroka tempat – tempat menarik di sini.

  • Add Your Comment

shares