15 Tempat Makan Best Di Ipoh Yang Bakal Buat Anda Meleleh Air Liur!

Bandaraya Ipoh merupakan Ibu Negeri dan juga pusat pentadbiran negeri Perak. Ia juga telah disenaraikan sebagai bandar keempat terbesar di Malaysia. Kebanyakkan bangunan di Ipoh masih mempunyai ciri-ciri rekaan dan seni bina lama pada era penjajahan British dahulu. Tinggalan bangunan-bangunan bersejarah yang masih teguh ini menjadi kebanggaan masyarakat setempat dan daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Tempat Makan Best di ipoh

Salah satunya ialah Stesen Kereta Api Ipoh yang juga dikenali sebagai Taj Mahal of Ipoh. Stesen ini masih beroperasi sehingga hari ini. Menarik kan? Tapi bukan itu sahaja yang menjadi tarikan di Ipoh, terdapat banyak tempat makan best di Ipoh yang boleh anda singgah semasa mengunjungi Ipoh.

Hotel Murah di Ipoh

Apabila bercerita tentang Bandar Ipoh, selain bangunannya, makanannya yang sedap dan pelbagai turut menjadi topik-topik hangat yang sering diperkatakan. Jika bertandang ke Ipoh, tidak sah jika kita tidak menerjah ke semua lokasi tempat makan best di Ipoh yang menyediakan makanan yang sangat popular di sini. Jom kita lihat senarai tempat makan yang sedap di Ipoh.

15 TEMPAT MAKAN BEST DI IPOH YANG BAKAL BUAT ANDA MELELEH AIR LIUR!

15. Nasi Vanggey Original Ipoh

Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan

Nasi Vanggey atau nasi ganja memang sudah sangat dikenali di seluruh negara. Tetapi, nasi vanggey yang original hanya terletak di Ipoh iaitu di bahagian hadapan sebuah Kedai Kopi Yong Suan. Kedai kopi peniaga berbangsa cina ini hanya menjual air minuman.

Nasi Ganja Ipoh

Nasi beserta kuah kari sambal yang pekat dan beberapa pilihan lauk yang disediakan sudah cukup mebuat ramai orang begitu ketagih dengan Nasi Vanggey di sini. Walaupun dikunjungi pelanggan yang tidak putus-putus, perkhidmatan yang diberikan sangat cepat.

Alamat: Kedai Kopi Yong Suan, 2, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 9.30 am – 5.30 pm

14. Mee Daud Mat Jasak

Mee Kari Daud Mat Jasak

Gerai Mee Daud Mat Jasak terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, merupakan salah satu tempat makan best yang selalu disarankan oleh penduduk tempatan untuk dicuba. Hidangan Mee Kari dan Mee Kicap ala cina ini dikatakan sangat sedap, mempunyai rasa yang tersendiri dan menepati selera pengunjung yang bertandang.

Rasanya juga kekal sama dari dahulu hingga sekarang. Walaupun tempat duduk di sini sangat terhad, tetapi para pengunjung masih sanggup beratur dan menunggu, tidak kurang juga yang memilih untuk membungkus makanan tersebut. Sesuai sangat jika ingin menikmati minum petang di sini.

Alamat: No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 8.30 am – 12.30 pm, 4.30 pm – 10.00 pm

13. Restoran Mee Rebus Ramli

Selain mee kari dan mee kicap, di Ipoh juga anda boleh menikmati hidangan Mee Rebus yang sangat sedap. Tempatnya ialah di Restoran Mee Rebus Ramli yang terletak di Jalan Kuala Kangsar. Semangkuk mee yang lembut berisi telur dan kentang rebus, taugeh, hirisan limau nipis beserta kuah mee rebusnya yang pekat dan pedas.

restoran mee rebus ramli

Memang tidak boleh dinafikan kelazatan mee rebusnya dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga boleh mencuba hidangan lain di restoran ini seperti Nasi Ayam dan laksa, makanan western pun ada di sini.

Alamat: No 767, Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.00 pm

12. Medan Selera Taman Kanak-kanak

Medan Selera Taman Kanak-kanak

Photo Kredit: peraktoday.com.my

Medan Selera Kanak-kanak yang telah beroperasi sejak tahun 70-an ini cukup dikenali oleh warga Ipoh. Medan Selera ini terletak di antara Jalan Tahwil Azhar dan Jalan Raja Musa Aziz. Makanan di gerai-gerai di sini tidak kurang hebatnya dan sering menjadi tumpuan warga Ipoh dan pengunjung luar.

Antara yang menarik di sini ialah Popia Basah Gerai S.S Ali, Satay bersama Kuah Kacang dari gerai Satay Endut dan ABC Special. Kepadatan inti dalam popia basah beserta kuah sambal yang pekat di atasnya pasti anda tidak menyesal mencubanya. Sup ekor yang dijual di sini juga memang sangat sedap dan lembut.

Alamat: Medan Selera Kanak-kanak, Jalan Dato’ Tahwil Azhar, Ipoh, Perak

11. Restoran Awina Tomyam

Restoran Awina Tomyam

Pernah dengar tomyam kelapa?? Sebilangan kecil sahaja orang yang tahu dan pernah merasa tomyam kelapa. Jika anda sudah berada di Ipoh, sila lah singgah di Restoran Awina Tomyam yang terletak di Ulu Kinta, Ipoh untuk mencuba Tomyam Kelapa di sini.

Restoran Awina Tomyam IpohRasanya sangat sedap dan unik. Air kelapa yang segar digunakan dalam menyediakan kuah tomyam ini dan isi kelapa dipotong kecil untuk dimasukkan sekali bersama udang, sotong dan sayuran lain ke dalam kuah tomyam. Kelazatannya pasti membuat anda menghirup kuah tomyam ini sehingga licin. Hidangan panas yang lain juga boleh dipesan di sini selain tomyam.

Alamat: Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak

10. 21 Grilled

21 grilled Tempat makan best di Ipoh

21 Grilled Ipoh merupakan salah satu restoran di Ipoh yang pernah disiarkan di dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Restoran ini terkenal dengan hidangan Burger yang paling besar di Ipoh. Daging burger yang dibuat sendiri ini sangat tebal dan juicy beserta sayurannya yang segar dan tidak kedekut dengan sos yang melimpah, tentu sekali membuatkan kita tidak sabra-sabar ingin menjamahnya.

21 grilled ipoh

Antara menu burger yang popular di sini ialah Mexican Chicken Monster Grilled Bruger dan Beef Monster Burger. Nama burgernya sahaja sudah menggambarkan kebesaran burger di sini. Sambil menjamu selera di sini, bolehlah bersantai menikmati ketenangan di Kinta Riverfront.

Alamat: Lot A-10, River Walk @ Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am

9. Dim Sum Café Greentown

Greentown Dim Sum Cafe

Kepada penggemar dimsum, berita baik untuk anda kerana terdapat Dim Sum Café di Greentown Ipoh. Kafe ini menyajikan dim sum sebagai menu utama dan telah mendapat pengesahan Halal dari Jakim. Banyak sangat jenis dim sum disediakan di sini sehingga rambang mata hendak memilih dan yang pasti rasanya tidak mengecewakan.

Dim Sum Cafe Greentown

Ada yang sanggup datang dari jauh untuk ke Ipoh semata-mata ingin menikmati keenakan dim sum di sini. Selain dim sum, anda juga boleh memesan pelbagai jenis nasi, mee dan hidangan sampingan yang lain.

Alamat: Greentown Dim Sum Café, No 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 8.00 am – 9.00 pm

8. Laksa Telur Goreng Bersarang

Laksa Telur Goreng Bersarang Ipoh

Peminat laksa memang tidak boleh lepaskan peluang ini. Marilah kita beramai-ramai menerjah ke Kedai Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Sri Botani. Laksa di sini dikatakan sangat sedap sehingga orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan laksa ini, ada juga pelanggan yang membeli sampai berbungkus-bungkus.

Laksa Telur Goreng Bersarang Ipoh

Mee laksa ini dihidangkan bersama telur goreng bersarang beserta kuah laksanya yang pekat dan tidak pedas tetapi memang menepati selera ramai pengunjung yang bertandang.

Alamat: No 1, Jalan Margosa D/8, Seri Margosa, Taman Seri Botani, Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm

7. Gazebo Abg Nash

Gazebo Abg Nash

Hanya sebuah gerai yang bertemakan konsep yang santai, Gazebo Abg Nash turut tidak terkecuali dalam senarai tempat makan yang wajib anda singgah untuk mengisi perut di pagi hari. Hidangan Capati bersama kuah sardin atau kuah daging boleh didapatkan di sini dengan harga yang murah.

Selain capati, Mee Kari, Mee Kicap dan Bubur Nasi juga adalah antara menu yang menjadi pilihan pelanggan. Pemilik gerai yang peramah dan sering menyapa pengunjung yang bertandang membuat pengunjung berasa selesa untuk menikmati sarapan di sini.

Alamat: 2, A117, Kampung Rizab Hujong, 31500 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.30 pm

6. Man Yong Tau Foo

Man Yong Tau Foo Ipoh

Yong Tau Foo yang berasal daripada makanan cina memang banyak dijual di Ipoh disebabkan majoriti penduduk di sini berbangsa cina. Hendak mencari yong tau foo versi melayu, sedap dan halal di sini?? Jangan risau, Gerai Man Yong Tau Foo yang terletak di sisi Restoran Pak Wan tidak kurang hebat dalam menyediakan hidangan Yong Tau Foo.

Man Yong Tau Foo

Kepekatan kuahnya yang sederhana dengan rasa yang menarik dan pelbagai komponen yong tau foo disediakan untuk pilihan pengunjung yang datang. Gerai ini mula beroperasi pada 6.00 petang hingga 12.00 malam.

Alamat: 86, Jalan Sungai Tapah, Kampung Tengku Husin, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 6.00 pm – 12.00 pm

5. Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga

Jika berada di Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan Nasi Padang di Restoran Simpang Tiga. Restoran ini terletak di Greentown Square. Nasi Padang yang berasal daripada Indonesia memang susah jika hendak dicari yang betul-betul sedap di Malaysia.

Restoran Simpang Tiga Ipoh

Tetapi di restoran ini memang nasi padangnya terbaik!! Antara pilihan lauk-pauk yang disediakan ialah Gulai Ayam Kampung, Ayam Penyet, Ikan Pekasam Loma, Gulai Nangka dan macam-macam lagi. Kelazatan menu masakan di sini dengan harga yang sangat berpatutan amat berbaloi. Recommended!! Confirm anda akan bertambah-tambah nasi.

Alamat: D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm

4. Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Bagi yang menggemari ayam kampung, kami cadangkan anda ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee. Permintaan sangat tinggi untuk hidangan Nasi Lemak Ayam kampung ini kerana nasinya yang lembut dan berlemak beserta sambal yang sangat sedap dan tentu sekali ayam kampung yang dihidangkan panas-panas menambah selera pelanggan di sini.

Selain nasi lemak, hidangan pencuci mulut di sini juga sangat menambat hati para pengunjung seperti Pulut Mangga, Bubur Kacang Hijau dan Pengat Pisang.

Alamat: 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 3.30 pm – 2.30 am

3. Ipoh Hainan Chicken Rice

Ipoh Hainan Chicken Rice Nasi Ayam

Bukan hanya sekadar nasi ayam biasa, Nasi Ayam di Ipoh Hainan Chicken Rice ini berbeza daripada nasi ayam biasa yang lain. Hidangan ayam di sini disediakan dengan dua pilihan sama ada roasted (bakar) atau steamed (kukus). Nasinya yang dinamakan Butter Rice dimasak dengan air rebusan ayam.

Ipoh Hainan Chicken Rice

Dilengkapi dengan kemanisan sos cili yang sangat sedap. Selain nasi ayam, hidangan sampingan juga disediakan di sini seperti Kerabu Mangga, Tauhu Jepun with Oyster Sauce, Wan Tan Hoo dan banyak lagi. Jangan ragu-ragu kerana restoran ini telah mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 8.30 am – 10.30 pm

2. Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja

Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja

Siapa yang tidak terliur apabila menyebut tentang Mee Udang. Mesti sudah terbayang udang yang besar-besar dan segar. Anda hendak mencari mee udang di Ipoh?? Mestilah ada. Mee Udang juga tidak terkecuali untuk menjadi daya tarikan di Ipoh terutama kepada penggemar makanan laut. Mari singgah di Restoran Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja terletak di Tanjung Rambutan.

Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja

Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan udang dan ketam seperti udang galah, udang harimau, ketam nipah, king crab dan banyak lagi. Anda boleh memilih sendiri saiz dan menu masakan untuk hidangan udang dan ketam yang dipilih seperti Ketam Masak Cili, Udang Masak Halia.

Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja Ipoh

Hidangan udang dan ketam di sini sangat segar, lembut dan dimasak sempurna. Air minuman di sini juga amat menarik perhatian kerana diberi nama daripada tajuk-tajuk drama melayu seperti Ombak Rindu (Air Soda Bandung Laici Aiskrim) dan Nur Kasih (Air Jagung Aiskrim).

Alamat: No 51, Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 3.30 pm – 11.30 pm

1. Restoran Pakeeza

Restoran Pakeeza

Sebelum berangkat pulang dari Ipoh, jangan lupa untuk singgah di kedai makanan India Utara yang halal iaitu di Restoran Pakeeza. Menu hidangan di sini seperti Puri, Roti Naan, Nasi Beriani dan Kari Ikan rata-ratanya mendapat pujian dan feedback yang positif daripada pengunjung yang datang.

Puri di restoran ini sangat digemari ramai kerana teksturnya yang lembut dan sedap. Suasana di restoran juga sangat mewah, bersih dan selesa. A must come back restaurant!! No regret.

Alamat: 15-17, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 11.00 am – 3.00 pm, 6.00 pm – 10.30 pm

Apa Lagi, Jom Jalan-Jalan Ke Ipoh Sekarang !

Walaupun kebanyakkan menu di restoran-restoran ini sudah hampir lama diperkenalkan, tetapi disebabkan kualiti rasanya yang masih kekal dan menepati citarasa, pengunjung tidak akan pernah jemu.  Kesemua senarai tempat-tempat makan best di Ipoh ini memang sangat dikenali oleh masyarakat setempat.

Oleh itu, jika anda sesat bolehlah bertanya kepada penduduk di sini. Jangan risau, anda pasti sampai ke tempat makan best di Ipoh yang hendak di tuju ini dengan bantuan aplikasi waze atau google maps. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya.


Cari Penginapan Murah Yang Menarik di Ipoh

Bagi anda yang mencari penginapan murah di Ipoh, Perak, kami cadangkan agar menginap di hotel murah di Ipoh dengan fasiliti yang menarik yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Boleh rujuk artikel perkongsian kami yang sebelum ini —> Hotel Murah Di Ipoh

Leave a Reply