fbpx

16 Hotel Murah Di Johor Bahru – Hotel Murah Yang Selesa

Anda mencari hotel murah di Johor Bahru (JB)? Teruskan membaca.

Johor Bahru JB

Johor merupakan salah sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara kerana negeri ini juga mempunyai banyak tempat – tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya ialah Taman Tema Legoland, Taman Negara, pantai – pantai dan yang paling penting merupakan zon bebas cukai.

Legoland Johor Bahru

Johor Bahru juga terletak bersebelahan dengan negara Singapura. Jadi sudah semestinya ia merupakan tempat yang biasa dikunjungi oleh warga Singapura juga.



Apabila adanya ramai pengunjung dari pelbagai negeri dan negara pastinya ada hotel yang disediakan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelancong untuk bermalam di negeri Johor ini.

Senarai Top 10 Hotel Murah di Johor Bahru

Jadi mari kita senaraikan beberapa hotel murah di Johor bahru (JB) yang boleh dijadikan pilihan untuk menginap apabila melancong ke Johor.

16. Elmark Hotel

Elmark Hotel Murah di Johor Bahru

Antara salah satu hotel bajet yang ada di Johor ialah Elmark Hotel yang terletak 5km dari JB City Square. Warna cat hotel ini sangat menyerlah kerana mereka memilih warna merah bagi bangunan hotel mereka.

Bilik Elmark Hotel Murah di Johor Bahru

Bilik – bilik di sini dihiasi dengan corak – corak yang kreatif dan ceria pada dinding dan sudah tentunya bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara untuk memastikan tetamu berada dalam keadaan selesa.

Lobi Elmark Hotel Murah di Johor Bahru

Harga bagi satu malam adalah bermula dari RM70 sahaja. Jadi bagi sesiapa yang ingin menjadikan hotel ini sebagai pilihan untuk anda bermalam, anda boleh tempah biliknya secara online dan hotel ini terletak di Jalan Bayu Puteri Johor Bahru.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

15. Erica Hotel

Erica Hotel Murah di Johor Bahru

Seterusnya ialah Erica Hotel yang terletak di Jalan Tenteram, Bukit Meldrum, Johor Bahru. Bangunan hotel ini sangat eksklusif dan kelihatan gah dan apabila anda menjejakkan kaki ke dalam biliknya  anda juga pasti akan berasa teruja kerana dekorasinya sangat cantik di mana lantainya berkarpet dan berhawa dingin.

Bilik Erica Hotel Murah di Johor Bahru

Lokasi hotel ini juga sangat strategik kerana berdekatan dengan tempat – tempat menarik di dini iaitu seperti Little India, City Square dan berhampiran dengan kawasan bebas cukai. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk bermalam di hotel ini anda jangan risau kerana harga bagi satu malam penginapan bermula bawah dari RM100 sahaja.



Jadi anda boleh jadikan hotel ini sebagai pilihan utama anda kerana dekat dengan tempat menarik dan yang paling penting dapat menjimatkan wang anda.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

14. Euro Rich Johor Bahru

Euro rich Hotel Johor Bahru

Selain itu juga, anda boleh menjadikan Euro Rich Johor Bahru sebagai pilihan hotel murah di Johor Bahru untuk anda bermalam. Hotel ini terletak 15 minit dari pusat bandar dan yang menariknya hotel ini sangat elegan dan kelihatan eksklusif serta berdekatan dengan Aeon dan Giant Hypermarket.

Bilik Euro rich Hotel Johor Bahru

Antara kemudahan yang disediakan dalam biliknya ialah TV bersaluran Astro, Wifi percuma dan seterika. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan iaitu bermula dari RM85 bagi satu malam.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

13. Citrus Hotel Johor Bahru

Citrus Hotel Murah Johor Bahru

Citrus Hotel Johor Bahru juga antara hotel murah yang ada di negeri Johor ini. Hotel ini berkedudukan di pusat bandar yang mana berdekatan dengan pusat membeli – belah seperti Komtar, City Square dan sebagainya.

Bilik Family Citrus Hotel Murah Johor Bahru

Bagi setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan TV, tandas, penyaman udara, kemudahan Wifi secara percuma dan seterika.

Bilik Citrus Hotel Murah Johor Bahru

Selain itu hotel ini juga menyediakan gym dan tempat bermain snuker untuk tetamu mereka. Hotel ini terletak di Jalan Station dan menawarkan harga bagi satu malam ialah dari RM95 sahaja dan harga ini sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

12. Hotel Sentral Johor Bahru

Hotel Sentral Johor Bahru

Anda juga boleh bermalam di Hotel Sentral Johor Bahru yang mana harganya bermula bawah daripada RM98.

Bilik Hotel Sentral Johor Bahru

Hotel ini terletak berdekatan dengan bandar dan bilik – bilik di hotel ini juga sangat selesa dengan lantainya yang berkayu, TV nipis dan kemudahan untuk membuat air.



Anda juga berpeluang menikmati pemandangan laut dari tingkap hotel sahaja. Jadi jangan fikir lama – lama, pastikan anda menempah bilik dengan lebih.

Tempah Melalui Booking.com

11. Hermess Hotel Johor Bahru

Hermess Hotel Murah Johor Bahru

Hermess Hotel Johor Bahru juga boleh dijadikan pilihan kerana hotel ini juga menawarkan harga yang mampu milik iaitu bermula dari RM109 bagi satu malam penginapan. Hotel ini berkonsepkan moden kontemporari yang terletak di sempadan Singapura dan Johor.

Bilik Hermess Hotel Murah Johor Bahru

Hotel ini juga menjadi tarikan kerana berdekatan dengan Legoland. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara , katil , TV, seterika dan banyak lagi.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

10. Hotel Grand Sentosa

Hotel Grand Sentosa Johor Bahru

Seterusnya ialah Hotel Grand Sentosa yang terletak dalam Sentosa Mall dan hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan caj yang berpatutan.

Bilik Bilik Hotel Grand Sentosa Johor Bahru

Bilik –biliknya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan yang menariknya lagi ialah hotel ini dikelilingi oleh restoran – restoran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan.

Bilik Tidur Bilik Bilik Hotel Grand Sentosa Johor Bahru

Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan bandar raya. Hotel ini terletak di Ground Floor, Block A, Plaza Sentosa, Jalan Sutera, Taman Sentosa, Johor Baru. Harga bagi satu malam di hotel ini ialah RM 127 sahaja.

Tempah Melalui Booking.com

9. Bliss Boutique Hotel

bliss boutique hotel murah JB

Bliss Boutique Hotel yang terletak di pusat bandar ini juga menawarkan harga bagi satu malam ialah Rm128 sahaja. Hotel ini dihiasi dengan kreatif sekali bukan sahaja dari segi luarannya malahan setiap bilik memiliki tema yang berbeza antara satu sama lain.

Bilik bliss boutique hotel murah JB

Banyak pilihan kedai makan termasuk kedai makan yang dibuka 24 jam yang terletak di sekitar hotel ini. Jadi anda tidak perlu risau jika anda ingin mencari tempat makan di sini.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

8. JA Residence Hotel

JA Residence Hotel Murah JB

JA Residence Hotel yang terletak berdekatan dengan Stesen Kereta api Johor Bahru dan pusat membeli – belah City Square.

Bilik JA Residence Hotel Murah JB

Bilik yang di sediakan juga sangat selesa dan didatangi dengan kemudahan lain seperti penyaman udara, TV, cerek elektrik dan macam – macam lagi. Harga  bagi satu malam ialah bermula dari RM130 sahaja.

Tempah Melalui Booking.com

7. Pariss Hotel

Pariss Hotel Murah Johor Bahru

Pariss Hotel juga merupakan salah satu hotel yang juga sentiasa menjadi perhatian ramai orang kerana terletak berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Taman Tema Legoland dan Puteri Harbour.

Bilik Pariss Hotel Murah Johor Bahru

Seperti biasa setiap bilik mempunyai kemudahan yang disediakan seperti TV , seterika dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan rawatan spa yang turut disediakan di hotel ini.



Jadi jangan lepaskan peluang untuk bermalam di sini kerana harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu bermula dari RM136 sahaja.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

6. Suria Hotel Johor Bahru

Suria Hotel Murah di Jb

Suria Hotel Johor Bahru yang mana bangunannya direka dengan bentuk moden dan merupakan hotel yang berdekatan dengan kawasan tarikan alam semula jadi seperti Taman Rekreasi Hutan Bandar dan Pantai Stulang Laut. Hotel ini juga menyediakan bilik bagi satu malam dengan harga bermula dari RM80 sahaja.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

5. Hotel Vistaria

Vistaria Hotel Murah di Johor Bahru

Seterusnya ialah Hotel Vistaria yang terletak berdekatan dengan Jusco Terbau. Hotel ini berhampiran dengan pusat membeli – belah anda juga akan dapat sebuah bilik yang sangat selesa dengan lantainya berkarpet serta berhawa dingin. Manakala yang diberikan untuk satu malam ialah RM 88 sahaja.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

4. Hallmark Regency Hotel

hallmark regency hotel johor bahru

Selain itu , Hallmark Regency Hotel juga boleh dijadikan pilihan hotel murah di Johor Bahru untuk anda sekeluarga bermalam di negeri ini kerana harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan sangat selesa.

Bilik hallmark regency hotel johor bahru

Bilik yang disediakan adalah luasa dengan pemandangan bandar. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan Wifi, penyaman udara, TV dan sebagainya. Ramai pelanggan yang memuji sarapan yang disediakan di hotel ini.



Anda boleh ke Jalan Harimau Taman Abad Johor Bahru untuk melihat sendiri kecantikan hotel ini. Harga yang ditawarkan ialah RM137 bagi satu malam.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

3. Belllo Hotel JB Central

Belllo Hotel JB Central

Belllo Hotel JB Central merupakan hotel yang terletak berdekatan dengan JB City Square yang hanya 400 meter dari hotel dan Angry Birds Activity Park.

Bilik Belllo Hotel JB Central

Seperti biasa bilik di hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk para tetamu yang berkunjung ke hotel ini. Tandasnya pula dilengkapi dengan kemudahan dandanan, pancuran mandian, pengering rambut, tuala dan linen.

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi iaitu hanya RM 150 bagi satu malam penginapan.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

2. Tropical Inn Johor Bahru

Tropical Inn Johor Bahru

Tropical Inn Johor Bahru juga merupakan salah satu hotel murah di Johor Bahru yang menyediakan pemandangan yang indah dari tingkat atas bangunan. Dengan harga bermula dari RM105 bagi satu malam, pelanggan akan dapat sebuah bilik yang elegan, luas dan selesa.

Bilik Tropical Inn Johor Bahru

Di sekitar hotel juga terdapat banyak kedai – kedai makan dan kedai untuk anda membeli barang keperluan anda. Hotel ini juga berdekatan dengan tempat –tempat yang menarik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bermalam di hotel ini.

Tempah Melalui Booking.com

1. New York Hotel

New York Hotel Murah di Johor Bahru

New York Hotel juga antara hotel bajet yang sentiasa menjadi perhatian pelancong dari dalam mahupun dari luar negara kerana bilik yang disediakan agak luas dan kedudukan hotel ini dari Johor – Singapore Causeway hanya 10 minit sahaja.

Bilik New York Hotel Murah di Johor Bahru

Dengan harga bawah RM 160 anda dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti pusat spa, gym dan kolam serta khidmat urutan. Jadi anda boleh menikmati banyak keistimewaan di hotel ini dengan bayaran yang sangat berbaloi.

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

Bandingkan Hotel Murah di Johor Bahru Ikut Kesesuaian Bajet Anda

Akhir sekali, anda boleh pilih sendiri senarai – senarai hotel murah yang berjaya mengikut kehendak dan keinginan anda sewaktu melancong ke negeri Johor ini. Anda juga boleh membandingkan keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel untuk para pelanggan.



Hal ini kerana anda yang ingin melaburkan wang anda jadi anda lah berhak membuat keputusan untuk menjamin keselesaan anda sekeluarga semasa bercuti. Selamat melancong ke negeri Johor dan pastikan anda memilih hotel yang berbaloi untuk anda sekeluarga. Untuk tempahan online disarankan untuk menempah melalui Agoda atau Booking.com.

  • Add Your Comment

shares