15 Hotel Dengan Swimming Pool Di Port Dickson

Hai, entri kali ini pihak kami percutian.com ingin berkongsi dengan pembaca kami 15 senarai hotel dengan swimming pool di Port Dickson. Ya, kami pasti ramai yang mencari hotel dengan kemudahan kolam renang terutama keluarga yang mempunyai anak kecil.

Port Dickson adalah satu nama yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu tempat dimana  yang sangat ideal untuk membawa keluarga bercuti. Pekan kecil yang dahulunya lebih dikenali dengan hasil batu arang ini kini telah dibangunkan dan menjadi salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Homestay Port Dickson murah

Bercuti di Port Dickson merupakan salah satu pilihan ramai ketika cuti hujung minggu terutamanya bagi golongan luar daripada Negeri Sembilan. Contohnya seperti yang datang dari Kuala Lumpur, Melaka dan Johor kerana ianya berhampiran dengan mereka.

Port Dickson n9

Salah satu sebab utama mengapa mereka memilih untuk menginap di hotel sekitar Port Dickson adalah kerana kos penginapan di hotel-hotel di Port Dickson adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan penginapan yang ditawarkan di hotel-hotel lain yang terdapat di negeri yang mempunyai pusat peranginan.



Ia merupakan satu tempat yang ideal kerana ia mempunyai hampir ke semua pantai yang dapat diakses kepada orang ramai seperti di Pulau Pangkor. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa beberapa jam memandu dari Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

15 Hotel Dengan Swimming Pool Di Port Dickson Sesuai Untuk Keluarga

Port Dickson PD

Terdapat banyak hotel dengan swimming pool di Port Dickson yang terdapat di sekitar pantai PD ini. Hotel-hotel ini terletak berhampiran dengan pantai dan amat sesuai sekali bagi anda yang ingin membawa ahli keluarga atau pasangan yang sedang mencari port yang selesa dan harga yang amat berpatutan di Port Dickson. Di Port Dickson pasti ada hotel yang dapat menepati cita rasa anda.

Di bawah ini kami telah meyusun 15 hotel dengan swimming pool di Port Dickson yang terbaik yang mempunyai kolam renang di sekitar Port Dickson yang amat sesuai bagi mereka yang mencari penginapan yang selesa.

15. Lexis Hibiscus

Hotel dengan Swimming Pool di Port Dickson

Penginapan ini dipilih kerana hotel yang sangat eksklusif bertaraf 5 bintang ini merupakan chalet air. Ianya diberi nama hibiscus kerana disusun menjadi bentuk seperti bunga raya di atas permukaan air yang jernih dan suasana yang mendamaikan dan memang menjadi bualan rakyat malaysia tentang keunikan dan kecantikan hotel di atas air ini selain daripada kemudahan hotel dengan kolam renang.

Lexis Group ini memang terkenal dengan resort dan hotelnya yang terkemuka di Port Dickson ini dan hotelnya telah pun mampu menambat hati setiap pengunjung yang menginap di sini.

Lexis Hibiscus Port Dickson

Terdapat 522 chalet air yang dibahagikan kepada 4 jenis iaitu Villa Eksklusif, Premium Pool Villa, Panorama Pool Villa dan Sky Pool Villa. Setiap satu bilik di sini menawarkan pengalaman bermalam yang berberbeza-beza tetapi mendapat kepuasan dengan pilihan bilik yang dipilih.



Infinity Pool persendirian ini mengizinkan anda untuk berenang di siang hari sambil menikmati cahaya matahari di atas aras Selat Melaka, atau bermain air diwaktu amlam sambil melihat pemandangan langit yang dihiasi dengan bulan dan bintang. Tidak dapat dinafikan Lexis Hibiscus merupakan resort/ hotel dengan swimming pool di Port Dickson yang terbaik.

Lexis Hibiscus PD

Destinasi ini cukup sesuai bagi pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan untuk dijadikan destinasi berbulan madu atau menyambut ulang tahun perkahwinan. Jika kolam renang di bilik anda tidak mencukupi anda memilih untuk berenang di Infinity Pool ini.

Lokasi : 12m Jalan Pantai Pasir Panjang 71250 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

14. Avillion Admiral Cove

Hotel dengan Kolam renang Avilion Admiral Cove

Avillion Admiral Cove ini berbeza sekali dengan Hotel Avillion yang pertama kerana ia merupakan penginapan yang berkonsepkan marina resort dan terletak bersebelahan dengan Admiral Marina & Leisure Club.

Hotel ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu View Wing yang menawarkan tiga jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio. Bahagain kedua pula ialah Vista Wing dan mempunyai tiga jenis bilik juaga iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio.

Bilik Avilion Admiral Cove Port Dickson

Setiap bilik di sini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Semua bilik di sini mempunyai reka bentuk kontemporari yang unik dan persekitaran yang tenang dan mendamaikan.

Swimming Pool Avilion Admiral Cove

Untuk bahagian hiburan pula terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan seperti memanah, bermain volleyballdan menyewa kayak untuk berkayak.

Lokasi : 5 1/5 Batu Jalan Pantai 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

13. Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson

Masih mencari tempat untuk merehatkan minda dari kesibukan kota sambil bercuti bersama keluarga?? Apa kata anda datang ke sini iaitu di Thistle Port Dickson dan bermalam di sini. ia terletak ditengah-tengah landskap yang menghijau dan bersebelahan dengan persisiran pantai batu putih.

Thistle Kolam Renang

Hotel yang meragkumi kawasan tropikal ini mempunyai persekitaran yang indah yang dipenuhi dengan taman yang luas dan laluan untuk berjoging.

Thistle PD

Bilik yang dihias dengan cantik yang mempunyai ciri yang unik kerana tab mandi yang terlatak hanya beberapa langkah dari katil anda. Biliknya juga yang menghadap laut dapat memberi peluang kepda pengunjung untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama pasangan atau ahli keluarga.



Tidak kiralah jika anda merancang untuk pergi bercuti untuk susana yang romatik atau melancong bersama ahli keluarga, terdapat sebanyak 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti akan membuat nada menjadikan satu kenangan yang tidak mudah dilupakan.

Lokasi : KM 16 Jalan Pantai Teluk Kemang Si-Rusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

12. Avillion Port Dickson

Avilion Port Dickson

Adalah sebuah resort yang direka menyerupai perkampungan nelayan terdisional dan mengabungkan seni bina melayu yang klasik. Chalet air ini memberikan keselesaan buat anda untuk bermalam di sin sambil mendengar bunyi deruan ombak bermain di bawah.

Avilion PD

Kepada anda yang lebih gemar kepada penginapan yang lebih konventional, anda boleh memilih untuk bermalam di Garden Chalet dan anda boleh menikmati pemandangan alam yang diekelilingi alam semulajadi.

Hotel Dengan Swimming Pool di PDUntuk aktiviti pula anda boieh merehatkan diri di kolam renang sambil merehatkan minda dan dimanjakan oleh AVI Spa.

Lokasi :Batu Tiga Jalan Pantai 71000 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Agoda

11. Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis PD

Satu perkara yang pasti akan dijajnjikan kepada anda jika anda berkunjung ke sini iaitu privasi. Tempat pengianapan yang mewah ini menawarkan villa berinspirasikan Balinese. Terdapat kolam renang peribadi di dalam setiap villa.

Grand Lexis Port Dickson

Untuk santapan pula anda dapat memilih sama ada hendak menjamu selera dengan makanan tempatan dan barat di Restoran Duyung atau menikmati makanan Jepun di Genn Japanese Restaurant. Pasti ianya akan memberi kepuasan buat anda.

Lokasi : Batu 2 Jalan Seremban 71000 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

10. Lexis Port Dickson

Lexis PD

Apa yang menarik apabila anda menjejakkan kaki ke sini ialah reka bentuknya dipengaruhi dengan seni bina Balinese. Ia menggabungkan keselesaandan keanggunan kepada anda dan merasakan seperti di Bali.

Lexis Port Dickson

Tetamu boleh memilih sama ada hendak menginap diatas laut didalam chalet air. Perkara yang unik yang terdapat di sini ialah konsep bilik airnya yang terbuka. Dan sudut pemandangan yang cantik apabila anda berada di bahagaian balkoni dan dapat melihat air alut yang begitu tenang dan mendamaikan jiwa.

Lokasi : Batu 2 Jalan Seremban 71000 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Agoda

9. PNB Ilham Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort Port Dickson

Keadaannya yang agak tersorok sekali dan berda di hujung kawasan Blue Lagoon serta  berhampiran dengan Cape Rachado Lighthouse ini pasti akan memukau mata nada dengan seni bina yang dipenuhi dengan nostalgia Kesultanan Melayu Melaka.

Bilik PNB Ilham Resort Port Dickson

Hotel ini adalah patuh syariah dan tidak akan membuat anda was-was untuk menginap di sini. pihak hotel juga menyediakan surau khas buat tetamu. Di sekitar perkarangan hotel ini anda dapat melihat terdapat empat tempat untuk menjmau selera atau menikamti secawan kopi panas.



Anda boleh bersantai di kawasan kolam renang yang unuk bentuknya atau menggunakan fasiliti yang lain seperti kawasan BBQ, gym, gelanggang tenis dan fussball.

Kolam Renang PNB Ilham Resort Port Dickson

PNB Ilham sememangnya tidak akan mengecewakan anda apabila berkunjung ke sini untuk menenangkan fikiran sambil melarikan diri daripada kesibukan hiruk-pikuk kota.

Lokasi : Batu 10 Tanjung Biru Si Rusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

8. Ancasa Residence

Ancasa Residence Port Dickson

Boleh ditemui di Teluk Kemang yang popular di Port Dickson. Resortnya yang berkonsepkan Apartment-Hotel ini merangkumi kawasan luas yang dipenuhi dengan kehijauan tumbuhan dan anda akan disambut dengan ketenangan bila tiba di sini. penginapan yang berhadapan dengan laut memberi pilihan kepada tetamu untuk membuat pilihan sama ada apartment satu bilik, dua atau tiga.

Kolam Ancasa Residence Port Dickson

Jika ada ingin bersantai anda bolehlah bersantai di kawasan kolam renang yang besar dan dihidangkan dengan hidangan yang lazat atau secawan kopi di Saffron Brasserie Café. Ancasa Residence menawarkan persekitaran yang mendamaikan buat anda sekeluarga atau bersama pasangan sambil menjelajah ke seluruh Port Dickson. Salah satu hotel dengan swimming pool di Port Dickson yang kami syorkan,.

Lokasi : 8 ½ Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

7. Akar Beach Resort

Akar Beach Resort

Adakah anda menginginkan percutian yang dapat merehatkan minda dan diri di resort tropika sambil berjalan di atas pasir pantai purnama dengan pemandangan Selat Melaka yang indah di depan mata?? Akar Beach Resort terletak hanya satu minit berjalan kaki dan pasti membuat impian anda menjadi kenyataan.

Akar Beach Resort PD

Ianya sangat sesuai bagi anda yang ingin membawa pasangan atau ahli keluarga dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan supaya percutian andaadalah percutian yang sempurna. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik yang mempunyai hiasan minimalis iaitu Standard Room, Superior Room Deluxe dan Family Rom.

Akar Beach Resort Port Dickson

Setiap satunya mempunayi  kelebihan yang tersendiri dan dapat memenuhi kehendak anda. Antara aktiviti luar yang anda boleh lakukan pula, anda boleh bersuka ria di kolam renangnya yang luas. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan.

Lokasi : Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

6. Klana Beach Resort

Klana Beach Resort Port DIckson

Hotel moden ini akan menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik lagi menyeronokkan kepada anda jika berkujung ke sini. hotel ini membawa gelaran Islamic Hotel kerana ianya bukan sahaj patuh syariah tetapi terdapat pelbagai unsur-unsur Islamik seperti kelengkapan sejadah dan al-quran didalam setiap bilik, lagu nasyid dan ayat  suci al-quran akan dipasang sentiasa di lobi, kakitangan yang mesra serta mnenutup aurat, terdapat juga kolam renang yang berasingan antara lelaki dan perempuan serta terdapat surau di kawasah hotel.

Klana Beach Resort Bilik

Hotel ini menawarkan dua jenis bilik iaitu Deluxe Double Seaview denagn harga yang sedikit mahal tetapi anda dapat melihat pemandangan laut, dan Superior Garden View dengan pemandangan taman.

Klana Beach Resort PDKompleks ini juga merupakan salah satu pusat astronomi dan kaji bintang yang terdapat di Asia Tenggara. Untuk menenangkan fikiran pula anda boleh bersantai di Pantai Teluk Kemang atau Pantai Seri Purnama sambil menikmati pemandangan mataharai terbenam.

Lokasi : Kompleks Baitulhilal Lot 4506 Batu 8 Jalan Pantai 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

5. Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Merupakan salah satu rangkaian hotel yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Kemudahan yang terdapat di sini ialah Wi-Fi Percuma, penyaman udara, televisyen dan coffee maker.

Bilik Hotel Serimalaysia Port Dickson

Hotelnya yang sangat strategic di Jalan Pantai, anda boleh melihat pantai yang ada di seberang jalan dari hotel dan terdapat sebuah tapak pasar malam. Persekitaran hotel ini sangat santai dan akan meberikan keselesaan kepada anda ketika meluangkan masa melawat keadaan persekitaran hotel.

Lokasi : Jalan Pantai 71000 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

4. Waterfront Boutique Hotel Port Dickson

Waterfront Boutique Hotel Port Dickson

Kemudahan yang terdapat di sini ialah Wi-Fi percuma, tempat letak kerta, pancuran mandian air panas, salauran Astro dan jika anda bernasib baik, anda dapat melihat pemndangan laut yang begitu cantik melalui balkoni anda sahaja.

Waterfront Boutique Hotel PD

Hotel ini hanya terletak tiga minit berjalan kaki dari Port Dickson Waterfront yang menempatkan Starbucks dan McDonalad yang terdapat di Port Dickson ini. Terdapat juga sebuah pasar raya berhampiran dengan hotel ini.



Di kawasan luar hotel ini juga terdapat banyak gerai jualan makanan. So, anda tak perlu risau jika berkunjung ke sini.

Lokasi : 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

3. Regency Beach Resort Port Dickson

Regency Beach Resort Port Dickson

Adalah salah satu penginapan yang terbaik untuk menginap di Port Dickson ini kerana pemandangan yang indah dapat dilihat di sini. Tempat peranginan ini sangat sesuai untuk anda yang hendak datang secara berkumpulan atau membawa ahli keluarga.

Regency Beach Resort Port Dickson

Kemudahan yang terdapat di sini ialah penghawa dingin, televisyen yang mempunyai ASTRO, tempat letak kereta percuma dan gelanggang tenis serta terdapat kolam renang peribadi. Ianya juga berdekatan dengan restoran makanan laut dan pasar raya.

Lokasi :  5th mile  Jalan Pantai  71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

2. Glory Beach Resort Port Dickson

Glory Beach Resort Port Dickson

Sebuah resort yang terdapat di tepi pantai yang terletak di bahagian utara Port Dickson. Ianya sesuai bagi anda yang mempunyai keluarga besar. Hotel ini turut dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat letak kenderaan dan Wi-Fi percuma.

Glory Beach Resort PD

Hotel ini juga turut mempunyai kolam renang dan sangat sesuai untuk anda yang tidak gemarkan mandi di pantai. Selain itu juga, ianya terletak berhampiran dengan Alive 3D Art Gallery.

Lokasi : Jalan Seremban  Taman Tanjung  71000 Port Dickson  Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

1. Maya Holiday Apartment

 Maya Holiday Apartment Port Dickson

Maya Holiday Apartment adalah koleksi pangsapuri yang amat sesuai jika anda membawa ahli keluarga bercuti ke Port Dickson ini. Ianya terletak di Teluk Kemang di sepanjang batu 7.

Maya Holiday Apartment PD

Ianya turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi, tempat letak kereta, kawasan BBQ dan trek untuk berjogging. boleh dikategorikan sebagai apartment dan bukannya hotel dengan swimming pool di Port Dickson tetapi fasiliti bertaraf hotel.

Lokasi : Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

Apa tunggu lagi! Jom bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu ke Port Dickson

Hotel-hotel yang terdapat di atas adalah sebahagian daripada hotel yang menarik yang terdapat di sekitar Port Dickson ini. Hotel-hotel ini juga menawarkan kemudahan asas yang lengkap dan juga pemandangan yang amat mendamaikan jiwa anda.



Jika anda berkunjung ke sini, sudah semestinya anda akan mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan pantai untuk menikmati deruan ombak sambil mendengar bunyi percikan gelombang air yang semula jadi atau duduk di persisiran pantai sambil melihat matahari terbenam. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda.

 

Bagi anda yang telah sampai di Port Dickson, jika mencari tempat makan best boleh rujuk posting kami yang berkaitan Port Dickson sebelum ini.

Leave a Reply