fbpx

14 Senarai Terbaik Homestay Di Tanah Rata

Bagi anda yang gemar melancong dan bercadang untuk membawa kaum keluarga dan juga sahabat handai, sudah tentulah mempunyai cadangan lokasi yang sesuai untuk dibawa kan. Tapi kat mana ye. Ermmm…… bagi anda yang gemar melancong didalam negara, negara kita juga tidak kurang cantiknya pemandangan dan suasana yang aman dan damai untuk dinikmati kan. Ok lah bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke Cameron Highlands secara berkumpulan, lebih sesuai sekiranya anda memilih homestay di Tanah Rata sebagai lokasi penginapan berbanding hotel.

Homestay Di Tanah RataSebelum ini kami pernah berkongsi artikel hotel murah di Cameron Highland, tapi kali nie kami kongsikan Homestay di Tanah Rata yang terbaik sebagai panduan bagi yang memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel.

14 Terbaik Senarai Homestay Di Tanah Rata, Cameron Highland.

Homestay adalah tempat yang lebih sesuai berbanding hotel bagi yang mempunyai keluarga yang ramai kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan kelebihan, di Tanah Rata Cameron Highland terdapat banyak homestay dan mudah untuk didapati, jadi bagi anda yang berhajat untuk menginap di homestay, berikut antara homestay di Tanah Rata, Cameron Highland yang dapat kami kongsikan.

Strawberry Homestay Cameron Highland14. Strawberry Homestay

  • Menyediakan penginapan dengan pemandangan lereng bukit.
  • Hanya 400 meter dari pasar malam Cameron Highlands.
  • 8 km jarak ke perkampungan orang asli.
  • Kemudahan yang disediakan :
  1. Bilik keluarga.
  2. Parking percuma.
  3. Wifi percuma.
  4. Bilik bebas rokok.
  • Luaran dan pemandangan :
  1. Pemandangan gunung.
  2. Pemandangan tanaman.
  • Aktiviti :
  1. Padang golf (dalam lingkungan 3km) (Caj tambahan).
  • Kawasan awam :
  1. Dapur berkongsi.
  2. Ruang lounge/TV yang dikongsi.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
  • Bilik mandi juga ada menyediakan alatan seperti selipar, bidet, tuala, pengering rambut, sabun mandi, syampu, pancuran mandian, tisu tandas dan lain-lain lagi.
  • Homestay ini juga ada menyediakan ruang bilik mandi berkongsi serta tandas tambahan.
  • Perkhidmatan kelurga dan juga hiburan seperti permaianan papan atau teka-teki dan ruang menonton televisyen turut disediakan.
  • Lain-lain seperti bilik bebas merokok, bilik keluarga, lif dan pemanas turut disediakan.

Homestay Mikayla Cameron Highlands13. Homestay Mikayla Cameron Highlands

  • Terletak di tanah rata.
  • Rm150 untuk tempoh semalam.
  • 1 km jarak dari perkampungan orang asli.
  • Mempunyai gelanggang tenisdan taman.
  • Penginapan dua bintang ini menawarkan pemandangan gunung.
  • Kemudahan yang disediakan :



  1. Bilik keluarga.
  • Akses internet tiada.
  • Tempat kereta percuma disediakan oleh pihak homestay.
  • Aktiviti :
  1. Gelanggang tenis(di luar lokasi) (Caj tambahan akan dikenakan)
  2. Hiking (di luar lokasi ) (Caj tambahan akan dikenakan)
  3. Padang golf (di luar lokasi ) (Caj tambahan akan dikenakan)
  • Tempat makan adalah berdekatan dengan homestay.
  • Kawasan awam juga disediakan seperti taman.
  • Perkhidmatan keluarga dan hiburan juga turut disediakan seperti taman permainan kanak-kanak.
  • Berdekatan dengan Ladang The Bharat.

Homestay Rania Tanah Rata12. Homestay Rania Tanah Rata Cameron Highlands

  • Homestay dua tingkat yang selesa dan bersih.
  • Kemudahan memasak yang lengkap.
  • Terletak dikawasan yang tenang dan nyaman.
  • 5 minit ke tapak pasar malam Cameron higlands.
  • Kawasan tempat parking yang banyak dan mudah.

Hamizah Homestay Holiday Apartment11. Hamizah Homestay Holiday Apartment

  • Berhampiran dengan pecan tanah rata.
  • Berada di tingkat 2 tanpa lift.
  • Kapasiti boleh memuatkan 12 orang dan boleh menambah bilangan sebanyak empat orang dengan kadar bayaran tambahan RM10 bagi setiap seorang.
  • Harga bermula daripada RM 180 hingga RM350 tertakluk kepada waktu kemuncak.

Villa Dahlia Homestay Cameron Highlands10. Villa Dahlia Homestay Cameron Highlands

  • Lokasi yang sangat strategik untuk ke pasar malam.
  • Berjalan kaki dari jarak 600 meter menuju ke tapak pasar malam.
  • Unit pangsapuri yang luas dengan kemudahan dapur dan tiga bilik tidur.
  • Sesuai untuk yang datang dengan ahli keluarga.
  • Mempunyai kemudahan seperti ruang tamu yang luas hingga boleh memuatkan empat keluarga.

Ramli Homestay Cameron Highlands9. Ramli Homestay Cameron Highlands

  • Mempunyai dua buah homestay di lokasi yang sama.
  • Satu tingkat berada di tingkat pertama dan satu tingkat lagi berada di tingkat kedua.
  • Mempunya kelengkapan yang mencukupi seperti sebuah rumah kediaman yang selesa dan sempurna untuk bermalam.
  • Mempunyai pemandangan yang menarik untuk dinikmati.
  • Kadar sewaan untuk sebuah homestay antara RM200 hingga RM450 tertakluk kepada tarikh dan juga musim-musim tertentu.

Wogoxette Upstairs Homestay Cameron Highlands8. Wogoxette Upstairs Homestay Cameron Highlands

  • Rumah lama yang dibina pada tahun 70-an.
  • Terletak di sebuah perkampungan kecil yang diberi nama Kuala Terla di Cameron Highlands.
  • Bagi mereka yang suka datang ke Cameron Highlands boleh la mencuba homestay ini dan dapat merasai suasana kampong yang mendamaikan serta dapat menenagkan fikiran daripada hiruk-pikuk di bandar.
  • Disediakan juga dapur dan ruang tamu.

Madani Hotel Cameron Tanah Rata7. Madani Hotel Cameron Tanah Rata

  • Mempunyai 33 buah bilik yang bercirikan islamik.
  • Mempunyai pelbagai pakej bilik seperti single bedroom, twin sharing bedroom dan banyak lagi.
  • Setiap bilik terdapat bilik air, sairan astro dan juga wifi.
  • Terdapat juga bilik seminar yang boleh memuatkan 30 hingga 50 orang untuk satu-satu masa.

Cemara Homestay Tanah Rata Cameron HighlandCemara Homestay Tanah Rata Cameron Highland6. Cemara Homestay

  • Menawarkan sebuah penginapan khas untuk yang beragama islam sahaja.
  • Terdapat ruang santai untuk keluarga setelah penat berjalan seharian di sekitar Cameron Highlands.
  • Terdapat juga ruang untuk memasak seisi sekeluarga.
  • Rumah yang lengkap dengan perabot.

Homestay Melati Cameron Highlands5. Homestay Melati Cameron Highlands

  • Antara homestay yang murah untuk didiami.
  • Lokasi yang menarik yang terletak di Kampung Sedia Cameron Highlands.
  • Terletak ditengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang.
  • Kemudahan yang terdapat disini ialah kebun dan ladang strawberry yang diusahakan oleh orang melayu sendiri iaitu KHM Strawberry, Opah Strawberry dan YZ Agro Strawberry.

Aqeelah Homestay Cameron Highlands4. Aqeelah Homestay Cameron Highlands

  • Lokasi di Green Hill Resort Tanah Rata.
  • Terdapat tiga bilik dan dua bilik air.
  • Di dalamnya juga disediakan dua katil queen dan juga dua katil single.
  • Kemudahan asas yang disediakan ialah dapur gas, cerek elektrik, rice cooker, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.
  • Terdapat juga astro Njoi untuk menonton.
  • Ia juga berdekatan dengan Mardi, Kg Sedia dan Teh Bharat.
  • Parking secara percuma juga ada didediakan.



3. Munawarrah Homestay Cameron Highlands

  • Lokasinya terletak di Puncak Arabela Tanah Rata.
  • Terdapat tiga bilik dan juga dua bilik air.
  • Turut disediakan tiga katil jenis queen.
  • Berada di tingkat satu.
  • Kemudahan asas yang disediakan ialah dapur gas, cerek elektrik, kuali, periuk, rice cooker, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.
  • Turut disediakan Astro Njoi untuk dinikmati.
  • Berdekatan dengan Mardi, Kg Sedia, Teh Bharat dan Pasar Malam Cameron Highlands yang jaraknya hanya 3KM sahaja.

Azzahra homestay Cameron highlands2. Azzahra homestay Cameron highlands

  • Lokasi homestay di Tanah Rata ini adalah di Puncak Arabela Tanah Rata.
  • Terdapat tiga bilik dan dua bilik air.
  • Berada ditingkat bawah.
  • Kemudahan asas untuk memasak juga disediakan bagi yang membawa ahli keluarga.
  • Ada kemudahan astro.
  • Ia juga berderkatan dengan tempat lawatan menarik di Cameron Highlands.

1. Addin Homestay Cameron Highlands

  • Lokasinya yang berada di Golden Hills Tanah Rata.
  • Bagi yang suka berBBQ homestay ini turut menyediakannya.
  • Terdapat dua tingakt dan juga terdapat empat bilik dan tiga bilik air.
  • Kemudahan asas untuk memasak turut disediakan.
  • Terdapat juga astro.
  • Turut disediakan empat aktil queen, tiga katil single dan juga tilam tambahan.
  • Hanya 2KM untuk ke Brinchang.
  • Berdekatan dengan tapak Pasar Malam Cameron Highlands.

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai bercuti ke Cameron Highland

Jadi anda boleh nilai dan pilih mana satu pilihan yang ada mengikut cita rasa anda, setiap homestay di Tanah Rata Cameron Highland mempunyai tarikannya sendiri. Sampai di sini saja yang dapat kami kongsikan kepada anda, apa-apa pon rancanglah perjalanan anda dengan betul bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

  • Add Your Comment

shares