10 Tempat Menarik di Bali | Panduan Percutian Indah Pelancong Malaysia

Bali merupakan sebuah destinasi percutian yang sangat popular dan terkenal bukan sahaja dikalangan rakyat Indonesia, malah turut terkenal dikalangan pelancong-pelancong luar dari Indonesia terutamanya Malaysia dan sering menjadi buah mulut tentang kecantikannya dan tempat-tempat menarik di Bali yang sentiasa dikunjungi pelancong..

Bali yang merupakan lokasi percutian yang berkonsepkan santai memang sesuai untuk menghilangkan tekanan yang memberati jiwa dan kepala disamping mencuci mata dengan keindahan alam semulajadi yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.

Panduan Pelancong Malaysia – 10 Tempat Menarik di Bali

Disini kami senaraikan 10 lokasi dijamin menarik yang boleh anda kunjungi sekiranya berkunjung ke Bali, Indonesia.

10. Pantai Lovina

Tempat Menarik di Bali Pantai Lovina

Sumber: wacana.co

Mungkin Pantai Lovina ini jarang didengari dan jarang juga diperkata. Namun jika anda berkunjung ke sini pasti ia menjadi salah satu keseronokan semasa melancong. Pantai Lovina ini letaknya di sudut utara Bali.

Di sini, anda tidak akan menyesal malah keseronokan yang mendampingi anda. Ini kerana anda dapat melihat ikan Dolphin atau lebih dikenali sebagai ikan lumba-lumba melompat keluar dari habitatnya secara langsung.

Kalau beruntung anda mungkin dapat menyentuhnya dengan tangan anda sendiri. Anda boleh mengambil gambar untuk kenangan anda bersama ikan-ikan genius ini. Menarik kan?

9. Arung Jeram Sungai Ayung

Tidak semua orang suka bermain air laut atau pantai, ada sesetengah orang hanya minat terhadap air tawar atau sungai. Jika anda salah seorang daripada mereka, anda boleh berkunjung ke salah satu tempat menarik di Bali iaitu Air Terjun di Arung Jeram Sungai Ayung di Bali.

Air jernihnya yang datang dari bukit pasti membuatkan anda berasa tersangat nyaman dan tenang menikmati kesejukannya sambil berkelah bersama tersayang.

Selain bermandi manda, bagi anda yang meminati aktiviti lasak,anda juga boleh melakukan aktiviti kayak arus deras, atau mendaki kawasan bukit di sekeliling.

8. Danau Batur Kintamani

Tempat Menarik di Bali Danau Batur KintamaniDanau Batur Kintamani adalah sebuah danau atau tasik yang terletak di gunung kedua tertinggi di Bali. Danau Batur Kintamani ini mempunyai suhu yang sejuk dan pemandangan yang indah.

Danau Batur Kintamani dianggap sebagai permata yang berharga milik Bali. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang ada untuk berkunjung ke danau ini bagi menikmati keindahannya.

 7. Garuda Wisnu Kencana

Tempat Menarik di Bali Garuda Wisnu KencanaGaruda Wisnu Kencana (GWK) adalah salah satu taman pealancongan kebudayaan yang berlokasi di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu Kencana adalah berupa sebuah patung besar berbentuk burung besar garuda hasil karya Nyoman Nuarta.

Karya seni ini tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Namun, ia mempunyai sejarah tersendiri yang sangat menarik disebalik pembinaan patung ini. Nak tahu sejarahnya? Jangan lupa singgah ke taman pelancongan ini.

 6. Pantai Kuta

Tempat Menarik di Bali Pantai KutaPantai Kuta merupakan salah satu pantai yang sangat terkenal di Bali dan menjadi tarikan pelancong di Bali. Pantai yang indah dan bersih ini sememangnya menjadi buruan setiap pelancong yang datang berkunjung ke Bali dan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke sini.

Selain keindahannya, kos perbelanjaan yang sangat murah di sini menjadikan ia salah satu tarikan tempat menarik di Bali yang popular di kalangan pelancong.

 5. Pura Tanah Lot

Melihat matahari terbenam adalah sesuatu yang cukup indah. Namun tak semua tempat boleh dijadikan tempat untuk melihat keindahan ini. Pura Tanah Lot di Bali ini merupakan salah satu tempat yang terkenal terutamanya sebagai tempat untuk melihat matahari terbenam.

Tempat ini mempunyai keunikan tersendiri apabila mengikut kisah legenda ia dikatakan sebuah tempat untuk menyeru dewa laut.

Selain daripada melihat terbenamnya matahari, bagi pencinta ular, anda berpeluang bermesra dan bermain dengan ular ‘suci’ yang jinak dan tidak merbahaya. Anda pasti akan teruja dengan pengalaman sebegini yang menarik.

4. Pantai Padang Padang

Tempat Menarik di Bali Pantai Padang PadangSebetulnya Pantai Padang Padang ini tidak terkenal seperti pantai-pantai lainnya yang terdapat di Bali. Namun ia mempunyai keindahan dan keunikannya tersendiri. Pantai Padang Padang ini terletak di kawasan Pecatu, Ulutawa dan ia tersembunyi di balik sebuah tebing menjadikan ia lebih unik.

Untuk ke pantai ini, anda perlu melepasi sebuah tangga di laluan kawasan tebing. Pantai ini sememangnya tidak popular bagi pelancong tempatan tetapi sangat popular dikalangan pelancong asing.

 3. Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul ini letaknya di kawasan-kawasan pergunungan. Ia cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik dan asli ditambah pula dengan kehijauan gunung ganang di sekelilingnya. Banyak aktiviti-aktiviti air yang disediakan dapat anda lakukan di sini.

2. Pantai Jimbaran

Tempat menarik di Bali Pantai JimbaranApa yang bakal mula-mula anda saksikan bila menjejakkan kaki ke Pantai Jimbaran ini adalah deretan kerusi dan meja makan tersusun ddi kawasan pasir tepi pantai. Untuk pengetahuan anda, Pantai Jimbaran ini sangat terkenal dengan menu makanan yang sedap dan enak lebih-lebih lagi makanan laut.

Buat penggemar seafood tu, jangan lupa untuk singgah di sini. Pasti puas hati. Dijamin tidak mengecewakan.

1. Monkey Forest

Nah! Berita gembira buat penggemar dan pencinta monyet atau yang mahu merasai pengalaman bermain dengan haiwan ini, di Bali ada satu tempat namanya Monkey Forest yang terletak di kawasan Ubud.

Monkey Forest adalah sebuah hutan yang mana penghuninya adalah ribuan monyet liar. Walaupun mereka adalah monyet liar, tetapi monyet-monyet ini adalah istimewa dikeranakan mereka dianggap sebagai ‘keramat’ oleh masyarakat setempat.

Monyet-monyet di sini teramatlah sukakan makanan. Jadi awas ya jiwa anda membawa makanan yang tidak sudi anda kongsi bersama monyet-monyet ini kerana mereka akan berusaha merampas makanan yang anda bawa.

Tetapi jika anda sudi, bawalah makanan lebih untuk dikongsi bersama mereka. Pasti anda gembira melihat monyet-monyet tersebut mendapat makanan.

—————————————————————————–

Tempat Menarik di Bali UbudIni adalah 10 tempat menarik di Bali yang perlu anda tahu dan letakkan dalam senarai pelancongan anda jika berkunjung ke Bali, Indonesia. Semoga artikel ini menjadi pemudah cara untuk anda menyemak dan mencari maklumat tentang tempat menarik di Bali.

Terdapat terlalu banyak tempat yang best di Bali yang lain belum kami kongsikan. Sekiranya pembaca pernah berkunjung ke Bali Indonesia, boleh kongsikan pengalaman dan tempat-menarik di ruangan komen untuk perkongsian bersa-sama dengan pembaca lain.

  • Husna
  • Farid
  • Fairuz
  • Naim
4.5
  • Add Your Comment

shares