fbpx

10 TEMPAT GLAMPING MENARIK DI MALAYSIA

Mesti ramai tertanya-tanya apakah maksud glamping itu? Glamping berasal daripada konsep ‘glam’ dan ‘camping’ yang digabungkan. Hal ini, bermaksud camping yang gah, menarik malah menyeronokan. Pada kebiasaannya, di kawasan glamping ini, segala pra sarana yang diberikan mencukupi dari segi tempat penginapannya, makanan dan tempat tidur yang selesa.

Anda tidak perlu membawah khemah sendiri malah bersusah payah memkirkan segala perkara berkaitan dengan penginapan dan makanan. Anda perlu ingat bahawa, setiap tempat glamping berlainan kemudahan yang disediakan.

Menarik! 10 Tempat Glamping Menarik di Malaysia

Kali ini kami akan berkongsi beberapa tempat yang menarik untuk ‘Glamping’ bersama keluarga atau orang yang tersayang.

10. TADOM HILLS RESORT

Tempat Menarik Di Malaysia Tadom Hill Resort

Bagi sesiapa yang suka akan aktiviti air dan camping, di Tadom Hills Resort inilah sesuai untuk anda meluangkan masa cuti anda bersama keluarga dan orang yang tersayang.

tempat glamping menarik di Malaysia

Buat apa kita bayar mahal tetapi tidak kena dengan jiwa? Jadi bayaran untuk satu malam di Tadom Hills Resort hanyalah sekitar RM65. Lokasi tempat glamping menarik dan best ini adalah di Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor.

tempat glamping menarik Tadom Hill

Seronokkan? Aktiviti pagi atau petang anda terluang dengan melakukan aktiviti mandi-manda dan terjun di tasik sepuas hati anda selepas berehat di bilik penginapan.

Aktiviti tempat glamping menarik Tadom Hill

Banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan seperti flying fox, memandu ATV, abseiling dan lain-lain. Malahan anda boleh buat aktiviti anda sendiri bersama keluarga dan orang yang tersayang. Meriah bukan? Jadi anda tidak akan rugi bercuti di sini.

9. TANJUNG INN

tempat glamping menarik Tanjung Inn PahangBest ke di Tanjung Inn? Lokasi di tepi pantai mana yang tidak best betul tidak?. Suasana di Tanjung Inn sungguh nyaman dengan udara daripada laut, ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga dan orang yang tersayang.

tempat glamping menarik Tanjung Inn

Di Tanjung Inn juga menyediakan khemah-khemah yang simple akan tetapi cukup selesa untuk seisi keluarga. Bukan sahaja berdekatan dengan pantai, malahan di hadapan tempat glamping menarik tersebut mempunyai kolam yang cantik.

tempat glamping menarik Tanjung Inn pantai\Anda juga boleh meluangkan masa untuk bersantai di Taman yang indah berdekatan dengan penginapan dan boleh melihat kunang-kunang di kawasan sungai berdekatan. Untuk pengetahuan anda, harga untuk bermalam hanya RM60 semalam. Lokasi Tanjung inn ini di Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating, Pahang.

8. ANT BEACH CAMP

Ant Beach campAnt Beach Camp terletak di lokasi Lot 3294, Jalan Gong Dato-Batu Rakit, Kampung Mengabang Telong. 21030, Kuala Terengganu, Terengganu. Anda boleh menyewa khemah dengan harga RM10/pax atau membawanya sendiri.

Ant Beach camp GlampingTapak perkhemahan dan tempat glamping menarik ini berdekatan dengan pantai. Dalam erti kata lain, jarak antara tapak perkhemahan dengan pantai hanya 2 minit sekiranya berjalan kaki. Bila lagi hendak merasai perkhemahan realistik tanpa mengeluarkan modal yang tinggi kan?

Di kawasan ini, disediakan tandas dan sumber air, maka anda tidak perlu risau ok. Aktiviti-aktiviti yang menarik seperti lawatan ke Pulau Redang dan Pulau Bidong, memanah, bermain bola pantai dan banyak lagi turut ditawarkan oleh Ant Beach Camp.

7. MONGOLIAN YURT SABAH

Bilik Mongolian Yurt Sabah GlampingMongolia? Bukan negara ke? Ya, betul. Tetapi Mongolia atau Mongolian ini berada di Sabah. Apa kaitan dengan Mongolian dengan Sabah? Untuk pengetahuan anda, Mongolian Yurt ini adalah struktur asal rumah tradisional masyarakat nomad Mongolia.

Yurt yang terdapat di Sabah ini didatangkan dari Negara Mongolia. Kelebihan struktur khemah ini adalah mampu melindungi anda dari angin yang sejuk di Kundasang.

Mongolian Yurt Sabah Menarik GlampingApakah aktiviti yang dapat di lakukan di tempat glamping menarik ini? Melihat atau memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan. Untuk waktu siang, anda boleh melakukan aktiviti bersama keluarga atau orang yang tersayang dengan melakukan BBQ atau melawat ladang sayur yang berhampiran dengan Mongolian Yurt.

Mongolian Yurt Sabah PemandanganDi sini, kadar sewaan hanya sebanyak RM 70 semalam. Lokasi Mongolian Yurt ini di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah.

6. CHENGAL HILL RESORT

Chengal Hill Retreat Janda BaikLokasi Chengal Hill Resort ini di Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Pahang. Tempat Glamping menarik yang ditawarkan kepada anda RM350/2pax semalam.

Glamping Chengal Hill ResortApakah kelebihan menginap di sini? Untuk pengetahuan anda, ia terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Jadi, di sini anda dapat menikmati udara yang dingin dengan suhu 22 darjah dan ke bawah.

Glamping Chengal Hill Resort Janda BaikUntuk peringatan, anda perlu membawa pakaian sejuk ketika menginap di sini. Untuk aktiviti, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.

5. KANOPI VILLA JANDA BAIK

Glamping KANOPI VILLA JANDA BAIKKanopi Villa Janda Baik ini terletak di dalam kawasan hutan hujan di kaki bukit Genting Highlands. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa cuti sekolaha anak-anak. Malahan, untuk menenangkan fikiran amatlah sesuai kerana suasananya tenang dan segar.

KANOPI VILLA JANDA BAIKKawasan khemah yang didirikan bersesuaian dengan pemandangan indah dengan kawasan gunung-ganang. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti menaiki ATV, memancing di kolam yang terletak bersebelahan dengan khemah, bermain permainan papan, berbasikal di trek-trek berdekatan ataupun trekking ke air terjun Bentong.

KANOPI VILLA JANDA BAIK GlampingApakah kelebihan yang ada lagi di kawasan ini? Anda boleh pergi ke Taman Jepun, Ladang Arnab, Taman Rusa, Kereta Kabel, Kolam Air Panas, Ladang Strawberi dan bermacam lagi. Ianya berdekatan dengan Kanopi Villa Janda Baik.

Harga yang ditawarkan untuk 2 Hari 1 Malam bagi dewasa RM 150, Kanak-kanak RM120, 3 Hari 2 Malam dewasa RM290, kanak-kanak RM230. Lokasi ini terletak di, Lot 25929 Kg Janda Baik, off Genting Sempah, Bentong, Kampung Janda Baik, Pahang.

4. SAUJANA JANDA BAIK HOMESTAY

Saujana Janda Baik HomestayLokasi ini terletak di Lot 6989, Kampung Janda Baik, 28760 Bentong Pahang. Kedudukan yang jauh dengan bandar membuatkan langit kawasan Saujana Janda Baik ini terang malah dapat memancarkan cahaya yang jelas daripada bintang dan bulan.

Saujana Janda Baik GlampingSatu pemandangan yang mempersonakan, jadi anda jangan lupa membawa teleskop kalau berpeluang datang ke sini. Selain aktiviti stargazing, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi-manda di sungai yang terletak bersebelahan dengan kawasan chalet.

Kalau anda ingin lebih dekat dengan sungai atau tempat kegemaran anda, anda boleh menyewa khemah dengan harga RM50.

3. TUBOTEL LANGKAWI

TUBOTEL LANGKAWITubotel Langkawi ini amat unik dengan seni bina yang berbentuk silinder yang berwarna-warni dan juga kontena digunakan sebagai penginapan. Kecomelan penginapan di sini boleh membuatkan anda tidak berhenti-henti bergambar sebaik sahaja sampai di Tubotel Langkawi.

TUBOTEL LANGKAWI MenarikBagaimana hendak simpan barang kalau kecil? Jadi, anda boleh menyimpan barang anda di bawah katil malah turut disediakan ruangan soket malah lengkap dengan kipas kecil dan pendingin hawa.

Terdapat juga disediakan dengan ruang santai sambil duduk di kerusi malas sambil berehat menikmati bayu laut dan melihat pemandangan indah di sekitarnya.

2. WALAI PENYU RESORT

Walai Penyu Resort SandakanWalai Penyu Resort ini terletak di Pulau Libaran, Sandakan yang berharga dari RM486 semalaman. Apa keunikan yang ada di resort ini? Anda akan menginap dengan menggunakan khemah-khemah sambil berhadapan dengan pemandangan air laut.

Walai Penyu Resort SabahAnda juga akan merasai suasana sebenar masyarakat kampung yang mana sumber pencarian mereka adalah penangkapan ikan, pembuatan bot dan jala. Malahan anda berpeluang untuk melihat pembiakan penyu yang terdapat di pesisiran pantai berdekatan dengan Walai Penyu Resort.

1. SAILOR’S REST RESORT

SAILOR’S REST RESORT Tempat Glamping MenarikSailor Rest Resort ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yangberketinggian 600 meter dari aras laut. Di sini, anda akan merasai udara sejuk orginal. Siapa yang suka akan udara yang sejuk, boleh la menginap di sini dengan seisi keluarga.

SAILOR’S REST RESORT Tempat GlampingGlamping di sini dalam sekitar RM90/pax. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung. Sebab apa ia jadi seronok? Atas sebab di sekitar kawasan ini mempunyai keindahan tamannya yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang menyegarkan pandangan.

SAILOR’S REST RESORT GlampingMalahan, anda boleh makan buah-buahan segar terus daripada pokok manggis dan pokok durian yang terdapat di sini. Untuk pengetahuan, anda kena tunggu musimnya. Jangan anda mahu makan durian tetapi tidak kena dengan musimnya, memang menangis jawabnya.


Aktiviti Glamping merupakan aktiviti yang agak cool dan menyeronokkan? Dengan pelbagai tawaran aktiviti menarik untuk dibuat di sekitar, alam semula jadi yang menenangkan jiwa, jauh pula dari hiruk-pikuk kota, tak ada sebab untuk anda tidak mencuba glamping untuk percutian yang akan datang.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel tempat glamping menarik di Malaysia ini, semoga anda dan orang tersayang dapat menikmati percutian yang penuh dengan keseronokan dan sukar dilupakan dengan aktiviti glamping di sekitar Malaysia.

Leave a Reply