Salah satu tempat yang boleh menjadi pilihan bajet anda iaitu melancong ke negeri Kelantan. Jika pengunjung berkunjung ke negeri ini, anda tidak perlu risau tentang tempat penginapan di sana kerana terdapat banyak hotel murah di Kelantan dan sangat berbaloi yang disediakan.
Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang sangat popular dengan gelaran Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan juga adalah salah sebuah negeri yang penuh dengan adat dan budaya serta terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh diterokai.
15 Hotel Murah di Kelantan – Baru Selesa dan Fasiliti Lengkap
Jika pengunjung berkunjung ke negeri ini pasti akan tertarik dengan pelbagai makanan enak yang jarang ditemui di tempat lain serta kemesraan masyarakat Kelantan.
Disini kami telah senaraikan 15 hotel Murah di Kelantan yang boleh anda cuba semasa melancong ke Kelantan.
1. Hotel Kenangan
Antara keistimewaan hotel ini adalah ia terletak pada kedudukan yang strategik di tengah bandar Kota Bharu, hotel ini juga adalah tempat yang sesuai untuk memulakan lawatan anda di Kota Bharu.
Untuk pilihan bersiar-siar dan tempat daya tarikan tempatan, pelancong tidak perlu pergi jauh dari hotel kerana ianya berdekatan Pasar Siti Khadijah dan Masjid An Naim.
Hotel Kenangan juga sangat sesuai untuk pengunjung yang menginap dalam jangka masa yang singkat kerana mudah untuk daftar keluar dan adalah hotel yang paling ideal untuk hotel bajet.
Lokasi: 2529-A JALAN KEBUN SULTAN
Boleh hubungi: 09-747 7600
Tempah Online:
2. G Home Hotel
G Home Hotel terletak di Kota Bharu dalam jarak 500 meter dari Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf. Ia juga menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan Wifi percuma dan TV skrin rata. Hotel murah di Kelantan ini menyediakan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam.
G Home Hotel terletak 1.7 km dari Kota Bharu Mall dan 2.6 km dari Pusat Beli-belah Billion. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak 8 km dari penginapan ini.
Lokasi: No. A-01-05, Pelangi Mall Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bahru, Malaysia
Boleh hubungi: 09-747 2219
Tempah Online:
3. My Home Hotel Gua Musang
My Home Hotel menyediakan hotel dengan gaya mewah untuk pengunjung. Semua bilik dilengkapi sepenuhnya dengan bilik mandi, TV satelit, pancuran air panas, penghawa dingin, dan akses ke internet.
Hotel ini juga menyediakan minuman di kaunter, memberikan banyak pilihan untuk dimakan sepanjang hari.
My Home Hotel Gua Musang menyediakan kemewahan dan perkhidmatan diberikan sepenuhnya dengan harga yang berpatutan.
Lokasi: PT7746,Jalan Persiaran Raya,Taman Mesra, 18300 Gua Musang, Kelantan
Boleh hubungi: 09-912 3191
Tempah Online:
4. Mines Inn Hotel
Mines Inn Hotel menawarkan penginapan asas dengan TV berskrin rata, kemudahan bilik mandi peribadi dan hanya 3-minit dari Stesen Keretapi Gua Musang.
Ia juga menyediakan tempat meletak kenderaan dan Wi-Fi percuma di seluruh hotel.Bilik-bilik dihias dengan ringkas dan dilengkapi dengan penyaman udara, bilik yang selesa dan rak pakaian.
Terdapat juga kemudahan pancuran mandian air panas dan sejuk di bilik mandi. The Mines Inn berjarak 3 jam dari Lapangan Terbang Kota Bahru.
Lokasi: Pt 8214, Jalan Persiaran Raya, 18300, Gua Musang, Kelantan, Malaysia, 18300 Gua Musang
Boleh hubungi: 09-912 1339
Tempah Online:
5. My Place Guest House
Keistemewaan My Place Guest House ialah ia menyediakan sarapan pagi setiap hari dan juga menawarkan kopi dan teh percuma sepanjang hari. Perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan dan termasuk semua pakej Pulau Perhentian boleh diatur dengan bayaran.
Kafetaria dan restoran berada dalam jarak 2 minit berjalan kaki dari hotel. Kedai serbaneka 24 jam dan bank-bank utama hanya sekitar hotel.
Lokasi: No. 4340-R2, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu,
Boleh hubungi: 013-901 1463
Tempah Online:
6. Hotel Bella Vista
Hotel Bella Vista terletak di Gua Musang, 28 km dari Taman Negara dan 2.3 km dari Gunung Chamah. Hotel ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24-jam, dapur dan simpanan bagasi untuk tetamu.
Lokasi: Jalan Cengal 2764 Restoran Adnan Bistro, 18300 Gua Musang, Malaysia.
Boleh hubungi: 09-912 2253
7. Welcome Inn GM
Welcome Inn GM di Gua Musang terletak 28 km dari Taman Negara. Hotel ini terletak 2.2 km dari Gunung Chamah. Hotel ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24-jam.
Lokasi: Pt 2780 Jalan Cengal Bandar Utama Gua Musang, 18300 Gua Musang, Malaysia
Tempah Online:
Booking.com
8. Green Mango @ Sri Cemerlang
Green Mango @ Sri Cemerlang hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari Kampung Cina di Kota Bahru. Hotel ini juga menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan Wi-Fi percuma.
Tetamu mempunyai akses ke tempat letak kenderaan persendirian percuma dan penerimaan tetamu 24-jam. Ia juga berjarak 5-minit memandu ke pasar malam yang terkenal. KB Mall berjarak 10 minit pemanduan sementara ia mengambil masa 15 minit untuk sampai ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petro.
Lokasi: Jalan Sri Cemerlang 8/27, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Boleh hubungi: 09-747 7222
Tempah Online:
9. Tune Hotel
Tune Hotel terletak hanya di sebelah pusat beli-belah KB. Ia menyediakan bilik-bilik berhawa dingin yang moden dengan katil-katil King Koil yang selesa. Hotel ini terletak dalam jarak 1 km dari Gelanggang Seni (Pusat Kebudayaan) dan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Tune Hotel – Kota Bharu berjarak 2 km dari Pasar Siti Khadijah dan 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kota Bharu. Hotel ini berjarak 40 km dari tempat beli-belah bebas cukai di Rantau Panjang.
Lokasi: KBCC, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Boleh hubungi: 09-744 3822
Tempah Online:
10. Diyana Bajet Hotel
Diyana Bajet Hotel antara hotel yang termurah dan berhampiran tempat- tempat menarik yang boleh dilawati antaranya Wakaf Che Yeh, Billion Shopping Centre, Hospital Universiti Sains Malaysia, Stadium Sultan Mohammad IV, Temenggor Lake, Kota Bharu Mall, Kelantan Golf & Country Club dan Muzium Negeri.
Lokasi: No 209 seksen 11, co market Centre, 1135, Jalan Hilir Pasar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Tempah Online:
11. Dani Hotel
Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin dan mempunyai TV. Sesetengah unit mempunyai ruang tempat duduk di mana anda boleh berehat. Dani Hotel menawarkan Wifi percuma di seluruh penginapan.
Kaunter penerimaan tetamu dibuka 24 jam di penginapan ini. Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf berjarak 600 meter dari Dani Hotel, manakala Kota Bharu Mall terletak 1.7 km dari penginapan ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak 7 km dari Dani Hotel.
Lokasi: 2529-F, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, 15350, Kota Bharu, Kelantan
Boleh hubungi: 09-748 6790
Tempah Online:
12. Sireh Hotel & Apartment
Bilik dan apartment berhawa dingin dengan Wifi percuma ditawarkan di Sireh Hotel & Apartment. Terletak hanya 1 minit berjalan kaki ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh (pasar malam), tempat penginapan ini menyediakan tempat letak kenderaan persendirian percuma.
Pusat Membeli-belah Ceria berada 10 minit berjalan kaki dari Sireh Hotel & Apartment. Ia mengambil masa 20 minit untuk memandu ke Bandar Kota Bahru. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bahru berjarak sejauh 30 minit pemanduan dari sini.
Semua bilik dan apartmen mempunyai TV satelit, cerek elektrik dan tuala. Bilik mandi peribadi menyediakan pancuran mandi. Linen dan selimut disediakan. Apartment-apartment dilengkapi dengan ruang duduk bersofa dan dapur dengan mesin cuci pinggan mangkuk, periuk nasi serta peti sejuk.
Lokasi: PT 1080, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu, Malaysia
Boleh hubungi: 09-7430012
Tempah Online:
13. Thank Q Inn
Thank Q Inn menyediakan tempat penginapan yang selesa, hanya 15 minit pemanduan dari KB Mall dan 20 minit pemanduan dari Pantai Cahaya Bulan. Hotel ini mempunyai kaunter penyambut tetamu 24 jam dan menyediakan Wifi percuma serta tempat letak kenderaan yang percuma di lokasi.
Bilik-bilik adalah berhawa dingin sepenuhnya serta dilengkapi dengan TV satelit, bilik mandi dan kipas angin. Sesetengah bilik boleh memuatkan 4 orang tetamu. Pengering rambut dan kemudahan menyeterika disediakan atas permintaan.
Lapangan Terbang Kota Bahru dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh terletak dalam jarak 20 minit pemanduan, manakala Pasar Siti Khatijah berada sejauh 10 minit pemanduan dari Thank Q Inn Kota Bharu.
Terdapat beberapa restoran dalam jarak berjalan kaki dari hotel, yang menyajikan masakan Cina, Thailand dan sajian-sajian Asia yang lain.
Lokasi: Lot 882, Jalan Sri Cemerling 11/27, 15300 Kota Bharu, Malaysia
Tempah Online:
14. ParkView Guest House
Parkview Guest House yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bahru menawarkan penginapan asas. Rumah tamu ini berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki ke banyak tempat tarikan pelancong antaranya Pasar Siti Khadijah, Bazar Siti Aisyah dan Masjid Muhammadi. WiFi disediakan secara percuma dan boleh diakses di seluruh penginapan.
Semua bilik berhawa dingin mempunyai lantai jubin/marmar dan kipas angin. Tuala dan selipar turut disediakan untuk keselesaan anda. Unit-unit tertentu menawarkan pemandangan. Tetamu boleh menikmati akses ke bilik mandi dan tandas berkongsi. Kopi dan teh percuma disediakan setiap hari.
Lounge yang selesa disediakan untuk semua tetamu dengan balkoni yang menawarkan pemandangan taman rekreasi. Rumah tamu ini menyediakan sewa basikal dan perkhidmatan pengangkutan boleh disediakan atas permintaan.
Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf terletak 500 meter dari Parkview Guest House manakala Kota Bharu Mall berjarak 1.3 km dari rumah tamu ini. Lapangan terbang terdekat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra berjarak 7 km dari penginapan ini.
Lokasi: 3952-L, Jln Dato’ Perdana, off Jln Padang Garong, 1500 Kota Bharu, Malaysia.
Tempah Online:
15. Dynasty Inn Wakaf Che Yeh
Terletak pada kedudukan yang baik di kawasan restoran-restoran, perniagaan di bandar Kota Bharu, Dynasty Inn Wakaf Che Yeh menyediakan tempat yang paling sesuai untuk anda berehat seketika dari kesibukan hari anda. Jarak Penginapan ini hanya7,8 km dari pusat bandar. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.
Di Dynasty Inn Wakaf Che Yeh, segala usaha dilakukan untuk membuatkan tetamu berasa selesa. Untuk melakukan itu, hotel menyediakan yang terbaik dalam perkhidmatan dan kemudahan. Untuk menamakan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat Wi-Fi percuma dalam semua bilik, meja penyambut tetamu 24-jam, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam dan tempat letak kereta.
Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan asas bagi memastikan pelanggan merasa selesa. Sepanjang hari anda boleh menikmati suasana yang santai dengan urut. Dynasty Inn Wakaf Che Yeh merupakan pilihan yang bijak bagi pelancong ke Kota Bharu, menawarkan penginapan yang santai dan mudah setiap kali.
Lokasi: 2618, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Malaysia,
Tempah Online:
Selamat Bercuti Ke Kelantan
Jadi bagi anda yang ingin bercuti ke negeri pantai timur ini, anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini anda boleh jumpa banyak hotel – hotel murah di Kelantan yang disediakan khususnya untuk para pelancong yang datang berkunjung ke sini.
Anda boleh pilih sendiri hotel mana yang anda berkenan dan yang paling penting bersesuaian dengan bajet kewangan anda. Selamat mencuba hotel-hotel murah di Kelantan ini untuk percutian anda bersama keluarga tercinta.
Bagi yang datang bercuti ke Kelantan, selain mencari hotel murah di Kelantan, anda juga mungkin tercari-cari kereta sewa, boleh mencuba perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan oleh Pengusaha Tempatan di Kelatan dan kami mengesyorkan anda mencuba dengan Syarikat GO Rocket Travel and Tours Sdn Bhd. Hubungi Go Rocket untuk keselamatan, kebersihan, khidmat pelanggan dan keselesaan perjalanan kunjungan anda di Kelantan.